Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
144) SPIES
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini program SPIES?
Pelaksanaan Program Pembangunan Modal Insan SPIES bermula tahun 2008 telah banyak memberi manfaat terutamanya terhadap kualiti kehidupan masyarakat dan pengurangan kadar jenayah. Program yang berfaedah ini diteruskan dengan membuat penjenamaan semula (rebranding) program kepada Program INSAN. Ia bertujuan untuk penambahbaikan dan memperbaharui modul untuk menepati hasrat serta aspirasi kerajaan Negeri melalui pelantikan EXCO Kerajaan Negeri yang baru bagi menerajui dasar Pembangunan Modal Insan.
-
Berapakah jumlah perbelanjaan bagi menjayakan program ini sejak ia diperkenalkan sehingga kini?
Jumlah perbelanjaan bagi menjayakan program ini bermula tahun 2008 sehingga 2014 adalah sebanyak RM 42,711,905.40. Maklumat seperti jadual di bawah :
KOD PROJEK TAHUN PERBELANJAAN (RM) P01-12001 2008 3,557,760.00 P01-12001 2009 7,796,754.00 P01-12001 2010 9,247,816.00 P01-07001 2011 5,938,977.00 P01-07001 2012 5,519,454.00 P01-07001 2013 5,656,988.40 P01-07001
2014
4,994,156.00
JUMLAH KESELURUHAN
42,711,905.40