Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

140) KAWASAN PELANCONGAN DUN SUNGAI PANJANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan kawasan (Kelip-Kelip dan Burung Enggang) ini terus dikunjungi oleh pelancong?

    Kerajaan Negeri tiada menyediakan sebarang insentif secara khusus untuk pembangunan eco-pelancongan di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun terdapat beberapa insentif yang berkaitan yang boleh dirujuk oleh mereka yang berminat dalam eco-pelancongan di Negeri Selangor seperti melalui usahasama dan insentif dari Jabatan Pertanian untuk membangunkan homestay (Inap Desa).

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan membantu semua produk eco-pelancongan yang bersedia dan berpotensi untuk dipromosikan sama ada di dalam dan juga luar negara . Namun bantuan yang diberikan ialah usaha-usaha mempromosikan sesuatu produk eco melalui beberapa kaedah. Antaranya :

    • Penerbitan Selangor Breakaway ( Bahan Bercetak )
    • Promosi melalui laman sesawang Tourism Selangor
    • Promosi melalui Media Sosial
    • Promosi melalui Aplikasi Telefon Pintar
    • Penerbitan Selangor Fun Map
    • Siri Promosi Pelancongan dan luar negara
    • Melalui Fam Tour Media Agensi Pelancongan Luar Negara
  2. Berapakah sumber kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan kawasan ini?

    Terdapat beberapa produk pelancongan di kawasan DUN Sungai Panjang yang berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancong seperti D’ Menara Marine Park, Pusat Konservasi Enggang dan homestay disekitarnya.

    Senarai peruntukan bagi naik taraf produk pelancongan DUN Sg. Panjang:

    (i) 2013: Cadangan     Menaik     taraf     Kemudahan Awam di Pusat Konservasi Enggang Sg.

    Panjang, Sabak Bernam

    RM 47,867.35
    (ii) 2014: Menaiktaraf    Gazebo     dan    Menaiktaraf

    Jalan – Pantai Sungai Hj Dorani

    RM 47,616.05

     

Lampiran

Tiada Lampiran.