Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
133) BANTUAN KEWANGAN KEPADA MASJID DAN SURAU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan masjid dan surau yang menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan untuk tujuan menaiktaraf/pembaikan mengikut DUN masing-masing.
Antara masjid-masjid yang menerima peruntukan bagi kerja- kerja baikpulih dan pembaikan pada tahun 2015 adalah seperti berikut:
BIL NAMA MASJID DAERAH DUN 1 Masjid Darul Iman Hulu Selangor Batang Kali 2 Masjid Kg. Kuantan Klang Batu Tiga 3 Masjid Al- Muhsinin Klang Andalas 4 Masjid Al- Ehsan Klang Sementa 5 Masjid Al- Munawwarah Petaling Sri Muda 6 Masjid Ar- Rahmah Petaling Seri Setia 7 Masjid Al- Redha Sepang Sg Pelek 8 Masjid At- Taqwa Kuala Langat Telok Datuk 9 Masjid Mahmudiah Sabak Bernam Sg. Air Tawar 10 Masjid Maasumiah Sabak Bernam Sg. Air Tawar 11 Masjid Jamek Sultan Ibrahim
Kuala Selangor Melawati 12 Masjid Kg. Assam Jawa Kuala Selangor Melawati 13 Masjid Pekan Jeram Kuala Selangor Jeram Pihak kerajaan tidak menyediakan peruntukkan bagi kerja-kerja baikpulih surau. Praktis dan amalan jawatankuasa surau akan berusaha mendapatkan dana sendiri termasuk memohon bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).
-
Nyatakan status permohonan dana untuk pembinaan Masjid di Taman Sutera, Kajang
Status permohonan dana untuk pembinaan Masjid di Taman Sutera, Kajang. Permohonan pembinaan Masjid Taman Sutera Kajang telah pun diterima oleh pihak JAIS. Walau bagaimanapun pihak jabatan dalam tempoh terdekat masih tiada peruntukkan untuk membina masjid tersebut.
-
Nyatakan status projek menaiktaraf surau Taman Bukit Belimbing ke masjid
Status menaiktaraf Surau Taman Bukit Belimbing ke Masjid. Projek pembinaan Masjid Taman Bukit Belimbing ,Hulu Langat telah disenaraikan dalam projek RMK-10 yang akan dilaksanakan pada tahun 2015 dengan anggaran kos sebanyak RM 6 juta. Projek ini dijangka bermula pada bulan Ogos 2015. Bangunan surau sedia ada di tapak tersebut akan diroboh terlebih dahulu bagi meneruskan pembinaan masjid tersebut.