Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

119) KADAR PREMIUM TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan formula kadar premium tanah untuk tanah yang telah didirikan bangunan bagi kategori tanah jenis kediaman, komersial dan industri mengikut pecahan daerah.

    Formula kadar premium tanah bagi pelupusan secara pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 KTN untuk jenis kediaman, komersial dan industri yang telah didirikan adalah sama bagi semua daerah mengikut Pekeliling dan Kaedah Tanah Selangor 2003 (KTS) Pindaan 2005 yang dikeluarkan seperti berikut:-

    1. Bangunan kediaman;

    Kadar premium dikenakan mengikut Pekeliling PTGS Bilangan 6/2011 iaitu:-

    ¼ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas

    Pemohon     diberi     pilihan     untuk    menjelaskan     bayaran     premium berdasarkan kaedah berikut:

    Kaedah Pertama

    1. Bayaran secara sekaligus dengan diskaun 30% daripada premium yang
    2. Sekatan Kepentingan

    Tanah ini boleh dipindahmilik, dipajak dan digadai dengan kebenaran Pihak berkuasa Negeri

    Kaedah Kedua

    Bayaran nominal RM1,000.00. Pemohon perlu menjelaskan bayaran khas tanah pada kadar ¼ x1/100x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas apabila tanah tersebut hendah dipindahmilik melalui proses jualbeli

    1. Sekatan Kepentingan
    2. Tanah ini boleh dipindahmilik, dipajak dan digadai dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
    3. Pemilik tanah hendaklah menjelaskan bayaran khas tanah berdasarkan kadar kadar ¼ x1/100x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas kepada Kerajaan Negeri sebelum apa-apa urusan pindahmilik melalui kaedah jual beli didaftarkan atau permohonan mengubah kategori dengan syarat nyata tanah baru didaftarkan. (nilaian yang dikenakan adalah berdasarkan nilai daripada JPPH semasa hakmilik tersebut hendak dijual)
    4. Kaveat Pendaftar hendaklah diendoskan dan dibatalkan setelah bayaran khas tanah

    Pemohon juga  dikenakan  premium  khas  kerana  telah mengusahakan/menduduki tapak sebelum diluluskan dengan perkiraan seperti berikut:

    Premium Khas:

    Cukai tahunan x tempoh lama mengusahakan tanah.

     

    1. Bagi bangunan Perniagaan dan Industri ;

     

    ¾ x1/100x nilaian pasaran semasa x 99 tahun x luas

    Atau

    Jualan terus / tender mengikut pekeliling PTGS Bil 6/2010 dan dikemukakan ke Jawatankuasa Sumber Alam (STANCO)

    Pemohon juga  dikenakan  premium  khas  kerana  telah mengusahakan/menduduki tapak sebelum diluluskan dengan perkiraan seperti berikut:

    Premium Khas:

    Cukai tahunan x tempoh lama mengusahakan tanah

     

  2. Apakah kadar premium tanah untuk tanah kosong bagi kediaman,komersial dan industri?

    1. Formula kadar premium yang dikenakan ke atas permohonan pelupusan secara pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 KTN ke atas tanah kosong adalah seperti berikut:

     

    1. Bagi Bangunan Kediaman;

     

    Mengikut Kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005) iaitu:

     

    ½ x1/100x nilaian pasaran semasa x 99 tahun x luas

     

    Atau

     

    Jualan terus / tender mengikut pekeliling PTGS Bil 6/2010 dan dikemukakan ke Jawatankuasa Sumber Alam (STANCO)

     

    (Nilaian tanah berdasarkan kepada nilaian semasa JPPH dan jualan terus mengikut harga yang ditawarkan)

     

    1. Bangunan Perniagaan Dan Industri;-

     

    Jualan terus / tender mengikut Pekeliling PTGS Bilangan 6/2010 dan dikemukakan ke Jawatankuasa Sumber Alam (STANCO)

     

    (Nilaian tanah berdasarkan kepada nilaian semasa JPPH dan jualan terus mengikut harga yang ditawarkan)

  3. Adakah Kerajaan akan mengkaji semua kadar premium?

    Kerajaan Negeri belum ada perancangan untuk mengkaji kadar premium tanah sedia

Lampiran

Tiada Lampiran.