Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

103) AHLI MAJLIS WANITA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dalam peratusan Ahli Majlis Wanita di setiap PBT yang telah dilantik 2014-2015?

    Keseluruhan Ahli majlis wanita adalah seramai 58 orang di mana ianya mewakili 74% dari keseluruhan ahli majlis yang telah dilantik sehingga 17 Februari 2015. Perincian statistik adalah seperti berikut;

    PBT Bil. Ahli

    Majlis

    Telah

    Dilantik

    Jantina
    Lelaki Perempuan
    MBSA 23 23 17 73.91% 6 26.09%
    MBPJ 24 23 19 79.17% 4 16.67%
    MPK 23 23 20 86.96% 3 13.04%
    MPAJ 24 24 18 75.00% 6 25.00%
    MPSJ 24 23 19 79.17% 4 16.67%
    MPS 23 23 19 82.61% 4 17.39%
    MPKJ 23 23 16 69.57% 7 30.43%
    MPSP 23 23 18 78.26% 5 21.74%
    MDKL 23 22 18 78.26% 4 17.39%
    MDHS 23 22 15 65.22% 7 30.43%
    MDKS 23 23 20 86.96% 3 13.04%
    MDSB 23 23 18 78.26% 5 21.74%
    JUMLAH 279 275 217 77.78% 58 21.74%
  2. Apakah kerajaan mempunyai dasar 30% Ahli Majlis wanita di setiap PBT?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar minimum 30% daripada keseluruhan jumlah Ahli Majlis yang dilantik hendaklah di kalangan wanita dan dasar ini telah dimaklumkan dalam Pekeliling SUK SPBT Bil.2 2013 – Garis Panduan Kriteria Pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

  3. Nyatakan bila dan bagaimana kerajaan memastikan Dasar 30% ini dapat mesti dilaksanakan?

    Dasar ini telah diputuskan dan telah pun dilaksanakan pada tahun 2013. Walau bagaimanapun bilangan Ahli Majlis di kalangan wanita adalah bergantung kepada pencalonan yang dikemukakan oleh parti komponen Pakatan Rakyat dan dalam hal ini Ahli Majlis yang hendak dilantik perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan tanpa mengira sama ada calon lelaki atau wanita. Kerajaan Negeri Selangor akan terus komited untuk memastikan dasar ini dapat dicapai dalam masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.