Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

97) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah rancangan MBI untuk membangunkan jumlah keluasan 5,000 ekar tanah secara usahasama dengan pemaju-pemaju swasta seperti yang dilaporkan di The Edge (2 Mac 2015)?

    MBI akan berperanan sebagai pelabur strategik dan menjadi pemangkin kepada usaha tambah nilai aset-aset Kerajaan Negeri selari dengan objektif seperti di atas, MBI melaui Lembaga Pengarah telah meluluskan ‘SOP’ yang berkonsepkan ketelusan dan keterbukaan untuk meneliti keupayaan sebuah syarikat melalui proses ‘Request for Information’ (RFI) yang akan dijalankan.

    Selepas proses RFI syarikat yang dipilih akan dikenalpasti untuk proses ‘Request for Proposal’(RFP). Proses ini dapat menilai sesebuah syarikat hartanah bagi prestasi berdasarkan ‘RFI’ yang dimohon. MBI akan melakukan proses ‘RFP’ untuk asset-aset tanah yang dikenalpasti bagi pembangunan. Pemaju-pemaju yang mempunyai rekod dan pengalaman akan dijemput untuk bersama-sama melakukan proses ini dan tawaran usahasama akan mengambilkira hasil yang ditawarkan. Pembangunan berkualiti yang selaras dengan panduan kerajaan negeri dan lain-lain lagi isu yang dirasakan penting bagi sesuatu pembangunan.

    Jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh MBI adalah lebih kurang 5,047.65 ekar dan keluasan tanah mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut :

    i. Daerah Hulu Langat –          656.64 ekar
    ii Daerah Gombak –          374.48 ekar
    iii. Daerah Klang –          492.65 ekar
    iv. Daerah Kuala Selangor –          3,523.88 ekar

     

  2. Sila nyatakan sebab-sebab keputusan ini dibuat.

    Keputusan ini dibuat adalah untuk memastikan kerajaan negeri mendapat hasil kewangan dan bukan kewangan yang terbaik di dalam setiap transaksi.

  3. Sila huraikan rancangan ini.

    Pada peringkat ini, MBI sedang dalam proses mengemaskini pengkalan data untuk kesemua tanah miliknya dan mengenalpasti lokasi-lokasi yang sesuai untuk dimajukan.

    Di samping itu, MBI telah mula menggembleng tenaga bersama anak-anak syarikat dan agensi pelaburan milik kerajaan negeri yang lain untuk mempertingkatkan kepakaran bagi usaha untuk mendapatkan pulangan yang tinggi hasil daripada pelaburan tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.