Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
94) BANTUAN BENCANA ALAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai bantuan bencana alam yang kerajaan sediakan untuk mangsa ribut dan banjir yang terjejas?
Dalam menguruskan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana, kadar bantuan dari Tabung Bencana Khas Negeri Selangor adalah seperti berikut :
Bil Perkara Kadar Maksimum (RM) 1. Mangsa banjir , tanah runtuh dan ribut 500.00 2. Mangsa Kebakaran a) Musnah Keseluruhan
b) Musnah Sebahagian
500.00
250.00
3. Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia
1,000.00
-
Apakah kerajaan berpuas hati dengan nilai bantuan tersebut?
Sehingga tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor masih bersetuju dengan kadar bantuan tersebut.
-
Adakah perancangan untuk membuat kajian semula berkenaan dengan menaikkan nilai bantuan?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tiada sebarang perancangan untuk membuat kajian semula berkenaan dengan menaikkan nilai bantuan memandangkan mangsa-mangsa yang terlibat bencana turut menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan bukan kerajaan (non-government organisation atau NGO) lain yang berkaitan.
Mulai tahun 2014, Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor juga telah mula mengedarkan pek makanan kering dengan kadar RM 30.00 / pek bagi tujuan bantuan segera kepada mangsa terlibat bencana.