Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

91) BIASISWA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kewangan dan pelajar yang disasarkan untuk menerima biasiswa setiap tahun?

    Pembiayaan yang diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran. Pinjaman pelajaran akan diubah kepada biasiswa bagi pelajar-pelajar yang memenuhi syarat sahaja. Jumlah peruntukan tahunan pinjaman pelajaran adalah sebanyak RM16 juta. Sejumlah 1,000 pelajar baru akan ditaja setiap tahun.

  2. Nyatakan pelajar yang berjaya menerima mengikut pecahan pendapatan keluarga (bawah 3 ribu, bawah 5 ribu dan atas 5 ribu) dalam tempoh sepuluh tahun ini?

    Urus setia tidak mempunyai statistik penerima bagi tempoh sepuluh tahun memandangkan sistem sedia ada cuma menyimpan rekod pemohon ‘Features’ bagi sistem sedia ada adalah sangat terhad dan tidak dapat menjana statistik sebegitu. Urus Setia adalah dalam proses untuk membangunkan sistem pinjaman pelajaran bersepadu yang mampu memenuhi keperluan semasa yang semakin bertambah.

  3. Nyatakan juga pecahan mengikut kaum?

    Sama seperti jawapan bagi soalan (b)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.