Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
90) PERTANIAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan telah mempunyai Pelan Induk Pembangunan Pertanian negeri Selangor?
Pada ketika ini, Kerajaan Negeri sedang diperingkat untuk menyediakan satu Pelan Induk Pembangunan Pertanian Negeri Selangor di mana status terkini adalah di peringkat penyediaan Terma Rujukan (TOR) sebelum satu kajian menyeluruh dilaksanakan pada tahun ini juga.
Pelan Induk Pembangunan Pertanian tersebut merangkumi perancangan untuk tempoh jangka pendek ( 5 tahun ) dan jangka panjang (10 tahun ) bagi meningkatkan jumlah sumbangan di dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang berada pada tahap purata 1.7% ( RM 2.8 Bilion ) setahun serta meningkatkan peratusan sekuriti bekalan makanan (Self Sufficient Level) yang masih berada di dalam tahap yang rendah sebagai contoh bekalan daging lembu yang masih berada pada tahap sekitar 3% sahaja untuk bekalan di dalam Negeri Selangor selain dari bekalan padi yang hanya berada tahap 31% sahaja.
Perkara-perkara lain yang akan dijadikan keutamaan di dalam penyediaan Pelan Induk Pembangunan Pertanian Negeri Selangor adalah seperti berikut :-
- Memberi tumpuan kepada projek-projek pertanian yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan konsep fertigasi yang tidak memerlukan kawasan yang luas tetapi dapat memberikan pulangan hasil yang
- Mengenalpasti tanah-tanah pertanian milik individu yang tidak diusahakan untuk dimajukan dengan mengadakan perjanjian di antara tuan punya tanah dengan usahawan tani yang
- Mengenalpasti tanah-tanah milik Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang boleh dijadikan sebagai kawasan Agrotek Negeri Selangor khusus bagi tanaman dan ternakan serta
- Mewujudkan program Usahawan Belia Tani di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan
- Menerapkan konsep pelaksanaan projek tanaman natural farming dengan memberikan penumpuan kepada penghasilan separa organik secara berperingkat.
- Menyediakan satu data maklumat yang lengkap secara menyeluruh dan sistematik di dalam semua aktiviti pertanian Negeri Selangor agar perancangan yang lebih tepat dapat dibuat pada masa hadapan seperti jumlah sebenar penggunaan tanah untuk pertanian bagi tujuan bekalan makanan (selain dari kelapa sawit dan getah).