Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
88) CUKAI PINTU PBT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kadar cukai pintu dan komersial PBT Selangor pada tahun 2014?
Kadar cukai pintu dan komersial mengikut PBT pada tahun 2014 adalah seperti berikut:
PBT Kadar Cukai Pintu Kediaman Kadar Cukai Pintu Komersial MBSA 4% 7% MBPJ 5.5% – 7.7% 5.5% – 8.8% MPK 2.2% – 10.5% 3.25% – 11.5% MPAJ 1.1% – 5.5% 6.6% – 7.15% MPSJ 5% 6% MPS 4% – 8.6% 6.5% – 10.8% MPKj 2.2% – 8.8% 4.4% – 11% MPSp 7.35% 8.40% MDKS 6% – 7% 7% – 8% MDHS 9% 11% MDKL 10% 12% – 14% MDSB 8.5% – 11.8% 10.8% – 12% -
Berapakah kadar kenaikan nilai hartanah terkini untuk kawasan perniagaan dan kediaman di semua PBT?
Sehingga kini Kerajaan Negeri masih mengekalkan aras tahun nilaian yang sedia ada bagi menentukan kadar cukai pintu kawasan perniagaan dan kediaman di semua PBT. Aras tahun nilaian hartanah mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT ARAS TAHUN NILAIAN MBSA 2006 MBPJ 1992 MPK 1993 MPAJ 1997 MPSJ 1992 & 1996 MPS 1985 MPKj 1985 MPSp 1996 MDKS 1997 MDHS 1996 MDKL 1997 MDSB 1986