Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

85) CUKAI IKLAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah iklan haram berjaya diturunkan Oleh setiap PBT sejak Awal tahun 2015?

    Berikut adalah jumlah iklan haram yang berjaya diturunkan oleh setiap PBT bermula awal tahun 2015 :

    PBT JUMLAH IKLAN HARAM
    MBSA 41,794
    MBPJ 206,807
    MPK 7,422
    MPAJ 1,936
    MPSJ 338
    MPS 5,119
    MPKj 12,575
    MPSp 742
    MDKL 6,755
    MDHS 1359
    MDKS 6,568
    MDSB 134
    JUMLAH 291,549
  2. Adakah billboard jenis L.E.D di sepanjang Jalan Persekutuan dikenakan cukai lesen Oleh PBT?

    Untuk makluman, hanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bill board jenis L.E.D di sepanjang Jalan Persekutuan. MBPJ mengenakan lesen dengan kadar 1meter persegi bersamaan RM100.00 berdasarkan peruntukan Bil 6 (UUK 6 dan 9) fi lesen UUK Iklan 2007 (MBPJ).

  3. Berapakah jumlah kutipan setiap tahun diperolehi Oleh setiap PBT?

    Berikut adalah jumlah kutipan cukai setiap tahun yang diperolehi oleh setiap PBT:

    PBT JUMLAH KUTIPAN CUKAI (RM)
      2013 2014
    MBSA 2,315,490.00 2,920,295.00
    MBPJ 3,780,428.00 6,732,165.00
    MPK Tiada sebarang kutipan hasil yang dikutip dari

    permit struktur untuk papan iklan L.E.D

    MPAJ 854,953.00 872,542.00
    MPSJ 1,094,496.00 556,705.80
    MPS 4,123,165.00 4,431,760.00
    MPKj 1,430,758.00 1,432,317.00
    MPSp 57,855.90 62,291.59
    MDKL Tiada
    MDHS Tiada sebarang kutipan hasil yang dikutip dari

    permit struktur untuk papan iklan L.E.D

    MDKS 236,462.93 247,836.71
    MDSB 1,157.00 3,157.00
    JUMLAH 13,894,766.00 17,259,070.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.