Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

81) INDUSTRI PENTERNAKAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Negeri Selangor menggalakkan industri penternakan ikan air masin di persisiran pantai dan muara sungai dan apakah pandangan Kerajaan Negeri Selangor terhadap cadangan ini?

    Kerajaan Negeri Selangor sememangnya menggalakkan mana-mana pelabur untuk terlibat di dalam industri penternakan ikan air masin. Ini adalah kerana industri ini mampu memberikan pulangan yang besar kepada Negeri Selangor sekiranya ia dikawal dengan sempurna. Justeru itu, pelbagai bantuan telah disediakan oleh kerajaan kepada penternak-penternak industri ini terutamanya yang terlibat dalam penternakan ikan dalam sangkar. Antara bantuan yang diberikan adalah seperti benih, makanan ikan dan pukat.

    Selain itu, kerajaan juga sentiasa memantau dan memberi khidmat nasihat dalam usaha meningkatkan pengeluaran ternakan. Untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur, Kerajaan Negeri merancang untuk membuat satu kajian bagi pembukaan kawasan-kawasan baru untuk industri ternakan ikan sangkar dan pembinaan tangki air tawar di Pulau Ketam untuk rawatan penyakit.

Lampiran

Tiada Lampiran.