Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

69) PELABURAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan penarikan pelabur asing Negeri Selangor pada tahun 2015?

    Pelan penarikan pelaburan asing Negeri Selangor pada tahun 2015 adalah seperti berikut;-

    1.Pengurusan
    • Mewujudkan agensi penggalakkan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para
    • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur diperingkat Pihak Berkuasa
    • Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan- kawasan
    • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan – kawasan perindustrian yang sedia
    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju
    • Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
    2.Networking
    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui SSIC akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke semasa.
    • Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara
    3. Promosi
    • Mempromosikan peluang-peluang     pelaburan     melalui    pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar
    • Penyertaan dalam pameran yang bertaraf
  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang rancangan menetapkan setiap Daerah menjalankan Expo Untuk Pelabur Asing?

    Pada ketika ini tiada perancangan bagi menetapkan setiap daerah menjalankan Expo untuk pelabur asing.

    Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sentiasa mempromosikan peluang – peluang pelaburan yang berpotensi di setiap daerah di Negeri Selangor.

  3. Apakah insentif untuk menarik pelabur asing yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri?

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif atau ganjaran berbentuk kewangan kepada pelabur tempatan atau asing.

    Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenalpasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi samada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan.

    Dalam membantu menyelesaikan isu pelaburan yang berbangkit, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara bulanan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ EXCO bagi membincangkan permasalahan yang berbangkit dan membantu pihak pelabur untuk mempercepatkan proses penyelesaian dan proses pembangunan yang dicadangkan

Lampiran

Tiada Lampiran.