Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
65) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan Pusat Dialisis Rakyat (PDR) Kerajaan Negeri dengan tarikh mula beroperasi dan jumlah pesakit
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, tiada Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang di miliki oleh Kerajaan Negeri sebelum ini. PDR ini dimilliki dan di operasilan oleh Gedung Penawar Sdn Bhd. Salah satu aktiviti perniagaannya adalah Pusat Dialisis Rakyat yang merupakan usahasama strategik dengan Kerajaan Negeri Selangor.
Senarai Pusat Dialisis Rakyat (PDR), tarikh mula beroperasi dan jumlah pesakit adalah seperti di bawah:-
BIL. LOKASI PDR TARIKH MULA BEROPERASI
JUMLAH PENERIMA 1 Ampang 29.12.2011 37 2 Taman Medan 23.2.2012 18 3 Sementa 29.12.2011 29 4 Lembah Keramat 6.9.2012 28 JUMLAH 112 -
Adakah Kerajaan Negeri masih berhasrat mewujudkan PDR di setiap kawasan Dewan Negeri Selangor? Jika ya, nyatakan PDR yang akan wujud pada tahun 2015
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memperluaskan lagi perkhidmatan Pusat Dialisis Rakyat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang pada 4 Mac 2015 bersetuju untuk mewujudkan Panel Dialisis Sihat Selangor. Program ini di adakan bagi membantu membiayai sebahagian kos rawatan hemodialisis yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang berpendapatan rendah di pusat-pusat dialisis yang telah di kenalpasti.
Kini terdapat 115 pusat dialisis yang beroperasi di seluruh Negeri Selangor. Dengan cara melantik pusat-pusat dialisis di setiap daerah akan memudahkan lagi orang awam terutama rakyat di Negeri Selangor menerima bantuan rawatan dialisis daripada Kerajaan Negeri seterusnya menampung keperluan perkhidmatan dialisis di Negeri Selangor.