Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

56) PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI DAN ANAK SYARIKAT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan tanah kerajaan negeri yang telah dijual sepanjang 2008Ð2015?

    Untuk makluman, tanah kerajaan negeri tidak boleh dijual tetapi boleh dilupuskan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76-92, Kanun Tanah Negara. Proses pemberimilikan dilakukan oleh Pejabat Tanah.

     

  2. Berapakah jumlah keseluruhan tanah anak syarikat kerajaan negeri yang dibangunkan secara usahasama bersama pemaju sepanjang 2008Ð2015?

    Kaedah usahasama yang dilakukan adalah di dalam bentuk perkongsian peratusan GDV dan secara puratanya mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk mendapat hasil penuh pelaburan. Secara puratanya hasil yang diperolehi adalah di dalam lingkungan 10%-15% hasil GDV di dalam tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh perjanjian ditandatangani

  3. Nyatakan keseluruhan hasil penjualan ini menyumbang ke arah pertambahan hasil rizab kerajaan negeri?

    Hasil yang dijanakan oleh anak-anak syarikat disumbangkan secara langsung atau tidak langsung kepada kerajaan negeri. Di antara sumbangan signifikan yang dilakukan adalah seperti program Yayasan Dar Al Qard Al Hasan, pembiayaan air percuma, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan lain-lain lagi. Secara purata dari tempoh 2008-2014, hasil sumbangan anak-anak syarikat adalah di dalam lingkungan RM30juta-RM50juta setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.