Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

55) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Status pengurusan pelupusan sisa pepejal di bawah MPKj selepas Kerajaan Negeri menamatkan perjanjian dengan RDF. i) Rancangan jangka pendek dan panjang untuk mengendalikan sistem pelupusan sampah. ii) Apakah rancangan Kerajaan untuk atasi masalah ini selain daripada penggunaan landfill

    Majlis Perbandaran Kajang telah mengeluarkan Notis Pelanggaran Perjanjian antara MPKj dan RESB pada 16 Julai 2014. Susulan pelanggaran tersebut MPKj mengeluarkan Notis Pembatalan Perjanjian bertarikh 26 Februari 2015 kepada syarikat berkenaan. MPKj juga telah mengambil langkah dengan menghantar sisa pepejal secara terus ke tapak pelupusan sanitari Tanjung Duabelas, Kuala Langat bermula 8 April 2014 sehingga kini ekoran daripada penutupan operasi di Loji RDF, Semenyih. Melalui mekanisma yang dilakukan di dalam menstabilkan penjadualan kutipan sisa pepejal di kawasan pentadbiran MPKj, kos sebanyak RM2/unit diberikan kepada kontraktor kutipan sisa pepejal.

    Bagi perancangan jangka masa panjang, untuk mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal di MPKj, pihak MPKj berpandangan satu kaedah pelupusan yang sistematik diperlukan.Di antara  cadangan yang dikemukakan adalah pembinaan sebuah tapak pelupusan sanitari di dalam kawasan pentadbiran MPKj memandangkan pada ketika ini MPKj terpaksa menghantar sisa pepejal ke Tapak Pelupusan Tanjung Duabelas dengan jarak 80 km sehala.

    1. Tidak Berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.