Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
52) PERBELANJAAN PENDIDIKAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan perbelanjaan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 mengikut daerah?
Perbelanjaan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 mengikut daerah berjumlah RM16,243,675.00. Laporan terperinci seperti di lampiran.
-
Apakah peranan kerajaan negeri dalam membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di Selangor?
Peranan Kerajaan Negeri di dalam membantu mempertingkatkan pendidikan di Selangor antaranya ialah :
- membantu meningkatkan kualiti infrastruktur sekolah di Negeri Selangor melalui Program Bantuan Sekolah;
- membantu meningkatkan pencapaian pelajar di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor;
- membantu meningkatkan kualiti guru-guru di Negeri Selangor melalui pelaksanaan Program Latihan Keguruan;
- memberi bantuan yuran tadika kepada keluarga yang kurang berkemampuan melalui program Skim TUNAS;
- melaksanakan program-program pembangunan pendidikan awal kanak- kanak melalui seminar keibubapaan, Hari Tadika dan pelbagai lagi;
- membantu memperkembangkan pendidikan Punjabi di kalangan masyarakat sikh di Negeri Selangor melalui Persatuan Punjabi Negeri Selangor; dan
- melaksanakan proogram bantuan sebanyak RM1000 kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT melalui Program Hadiah Pengajian IPT atau