Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

48) AGENDA SOSIOEKONOMI BUMIPUTERA PKNS

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan strategi dan inisiatif PKNS kepada bumiputera selepas perubahan kepimpinan yang baharu?

    Bagi tempoh 2015 sehingga 2019 PKNS telah merangka Pelan Perancangan Strategik yang merangkumi lapan teras. Memandangkan tumpuan terhadap pembangunan usahawan terus menjadi agenda utama PKNS maka teras strategik ketujuh telah direka khas untuk pembangunan usahawan iaitu :

    “Melahirkan generasi usahawan yang berjaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat”

     Bagi   mencapai   teras   strategik   tersebut,   sebanyak   tiga strategi  utama akan dilaksanakan iaitu :

    i)Menyebarluas PKNS ‘Bizpoint’ sebagai jenama pembangunan usahawan yang mampan dan dinamik

    PKNS Bizpoint terbukti berpotensi sebagai sebuah pusat yang berdaya maju untuk memainkan peranannya sebagai katalis pembangunan usahawan. Ianya memberikan bukan sahaja kemudahan asas bagi sesebuah perniagaan bertapak malah menjadi platform interaksi perniagaan, ruang untuk memperkaya pengetahuan dan kemahiran juga meluaskan jaringan usahawan. Perluasan PKNS Bizpoint adalah wajar dan beberapa gerak kerja telah dimulakan bagi memastikan objektif ini tercapai seperti berikut :

    Program

    Pembudayaan

    Program

    Pembangunan

    Program

    Pemantapan

    Program

    Jaringan

    1.    Perintis

    Usahawan (Sekolah Rendah)

    2.    Usahawan

    Muda (Sekolah

    1.       Pembelian/

    Penyewaan Premis Perniagaan Swasta

    2.       Melahirkan

    1. Vendor Inkubator Payong (Pengilang Bahan-bahan

    Binaan)

    1.  VIO by PKNS (Pejabat Maya & Fizikal)

    2.   PKNS BizClub (Komuniti

    Usahawan)

     

    Menengah)

    3.    Kelab PERMATA (Mahasiswa)

    4.    GROW PKNS (Lepasan Siswazah)

    5.    Akademi MPPB (Usahawan & Bakal

    Usahawan)

    sekurang- kurangnya Lima (5) Usahawan Setahun (5U)

    3.     Retail 200 (Bidang Peruncitan)

    2. Sub Kontraktor Bumiputera (Kelas G1-G5) 3.   Sewaan Bilik Seminar

    4.   Sistem Biz Data PKNS (Pengkalan Data Usahan Secara Berpusat)

    ii) Memantapkan pembangunan vendor dan Sub Kontraktor Bumiputera (SKB) yang  kompetitif, berkualiti dan berdikari.

    Program pembangunan vendor dan SKB PKNS adalah sumber untuk PKNS memperkasakan komponen di dalam ‘supply chainnya’. Sehubungan itu kaedah, konsep dan prosedur pembangunan vendor dan SKB ketika ini diperkasakan lagi sebagai satu usaha strategik yang melengkapi hasrat PKNS untuk melahirkan produk yang berkualiti dan dalam masa yang sama membangunkan potensi usahawan bumiputera di dalam bidang pembinaan.

    iii) Mempertingkatkan inisiatif-inisiatif pembentukan minda dan memperkasakan kemahiran keusahawanan

     Proses melatih dan membangunkan kemahiran keusahawanan adalah berterusan, ianya dimulakan daripada peringkat yang rendah sehinggalah peringkat yang tertinggi. PKNS terus komited di dalam memperkasakan dan menambahbaik modul-modul latihan keusahawanan bagi memastikan keberkesanan program yang dilaksanakan.

    Aspek strategik di dalam setiap program latihan juga akan dititikberatkan agar sebarang pelaburan yang dibuat akhirnya akan dapat memberikan pulangan kepada kedua-dua pihak iaitu PKNS dan usahawan bukan sahaja dalam bentuk kewangan bahkan sumber dan idea perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan.

    Ke arah ini pelaksanaan program 5U telah dilancarkan di mana hasrat bagi melahirkan lebih ramai usahawan dapat direalisasikan hasil daripada bimbingan dan ‘engagement’ secara langsung oleh PKNS. Usaha ini bukan sahaja berjaya melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya maju malahan mampu menjadi jentera pelaburan baru PKNS di dalam bidang bukan hartanah dalam tempoh jangkamasa panjang. Peranan PKNS adalah sebagai ‘angel investor’ dimana selain memegang ekuiti, PKNS juga akan memberi bimbingan professional kepada usahawan tersebut.

    Dari segi pemerkasaan kemahiran usahawan, PKNS telah mengenalpasti sektor peruncitan sebagai salah satu sektor dimana kebanyak bumiputera menjadikan ianya sebagai salah satu titik permulaan dalam bidang keusahawanan.

    Usahawan akan diberi bimbingan dan latihan khusus di dalam bidang peruncitan supaya mereka lebih bersedia dari segi fizikal, mental mahupun kewangan apabila menjalankan perniagaan di pusat-pusat perniagaan yang berkelas sederhana dan tinggi. Program ini dikenali sebagai Retail 200, dan sebagai permulaan seramai 200 usahawan telah dikenalpasti dan diberi bimbingan sebagai persediaan untuk memasuki kompleks perniagaan di Detum Jelatek.

  2. Apakah pencapaian PKNS pada tahun 2014 dalam membantu golongan bumiputera?

    Rujuk Lampiran 1

     

    b)         Berikut adalah inisiatif dan pencapaian PKNS pada tahun 2014 dalam membantu golongan bumiputera melalui program-program pembangunan keusahawanan

       

    Bil

     

    Program

     

    Kumpulan Sasar

     

    Sasaran 2014

     

    Pencapaian

     

    %

     

    Penerangan

     
       

    1.

     

    Perintis Usahawan

     

    6 buah sekolah @ 10 peserta

     

    60

    Peserta

     

    60

     

    100

     

    Pendedahan pembudayaan keusahawanan kepada pelajar sekolah rendah

     
       

    2.

     

    Tunas                       Niaga Entepreneur

     

    50 buah sekolah   @ 25 peserta

     

    1,250

    Peserta

     

    1,250

     

    100

     

    Pelajar menjalankan perniagaan selama 8 bulan melalui syarikat Sdn. Bhd yang didaftarkan di PKNS

     
       

    3.

     

    Usahawan Mahasiswa

     

    8 buah IPT

     

    1,320

    Peserta

     

     

    20

    Peserta

     

    968

     

     

    16

     

    74

     

     

    80

     

    i)                     Kesinambungan dari Program Protune, mahasiswa didedahkan dengan dunia keusahawanan.

     

    ii)                   Mahasiswa mendaftar syarikat di SSM dan bimbingan selama 4 bulan (satu semester) menjalankan perniagaan

     
       

    4.

     

    Usahawan Siswazah (GROW)

     

    Lepasan IPT

     

    20

    Peserta

     

    13

     

    65

     

    Peserta mempunyai syarikat sendiri dibimbing penuh selama enam bulan

     
       

    5.

     

    Klinik Usahawan

     

    Usahawan atau bakal usahawan

     

    200

    Peserta

     

    792

     

    396

     

    Mengendalikan latihan dan bimbingan kepada usahawan dan bakal usahawan berhubung maklumat dan kaedah-kaedah bisnes terkini

     

     

     

       

    Bil

     

    Program

     

    Kumpulan Sasar

     

    Sasaran 2014

     

    Pencapaian

     

    %

     

    Penerangan

     
       

    6.

     

    Retail 200

     

    Peniaga-peniaga kecil

     

    200

    peserta

     

    189

     

    95

     

    Bimbingan    dan    latihan kepada usahawan peruncitan untuk

    bersedia menjalankan perniagaan di pusat perniagaan yang lebih berprestij dan subsidi sewa.

     
       

    7.

     

    Vendor                 Inkubator Payung (VIP)

     

    Pengeluar bahan binaan

     

    5

    Syarikat baru

     

    2

     

    40

     

    Membantu Usahawan Bumiputera dalam industri bahan pembinaan untuk digunakan dalam projek PKNS. Pada 2014 sebanyak 5 permohonan diterima dan 3 syarikat telah ditemuduga hanya 2 syarikat yang layak

     
       

    8.

     

    Sub Kontraktor Bumiputra

     

    Kontraktor kelas G1 – G5

     

    15

    SKB

    baru

     

    7

     

    47

     

    Melatih kontraktor binaan bumiputera yang mahir dalam kerja- kerja kontrak dan mampu bersaing di pasaran. Perkhidmatan SKB di projek PKNS. Pada tahun 2014 sebanyak 20 permohonan diterima dan 10 syarikat telah ditemuduga hanya

    7 syarikat yang layak

     
       

    9.

     

    5U

     

    Usahawan

     

    5

     

    0

     

    0

     

    Program melibatkan ’engagement’ PKNS di dalam syarikat usahawan. Di peringkat perancangan modul, pengumpulan maklumat dan menjalankan kajian keberkesanan sebelum program dapat dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2015.

     
       

    10.

     

    Penyewaan Ruang Pejabat/maya

     

    Usahawan

     

    120

    Penyewa baru

     

    88

     

    74

     

    Penyewaan pejabat fizikal atau maya terutama usahawan yang baharu dalam bisnes

     
       

    11.

     

    Penyewaan                          Bilik Seminar

     

    Usahawan

     

    100

    penyewa

     

    167

     

    167

     

    Bilik-bilik    seminar    di                  sewakan  kepada                  usahawan yang memerlukan bagi mengadakan kursus dan seminar.

     
     

     

     

     

    Bil

     

    Program

     

    Kumpulan Sasar

     

    Sasaran 2014

     

    Pencapaian

     

    %

     

    Penerangan

     

    12.

     

    BizClub

     

    Usahawan

     

    200

    ahli baru

     

    170

     

    85

     

    Mewujudkan satu tempat pertemuan atau hub usahawan berkumpul dan memberi nilai tambah juga sokongan kepada program BPU yang sedia ada.

     

    13.

     

    BizData

     

    Peserta                       Program Usahawan PKNS

     

    1,000

    ahli baru

     

    1,344

     

    134

     

    Bank data keusahawanan PKNS dari segi pelaksanaan, sistem pengurusan keahlian, pelaporan dan hebahan program- program yang dilaksanakan.

         

    JUMLAH

     

    1,645

     

    1,967

     

    120

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.