Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

46) KEBAJIKAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kawasan ladang dalam Selangor yang direkodkan oleh kerajaan?

    Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mendapatkan statistik lengkap jumlah ladang terkini di Negeri Selangor dan jumlah pekerja ladang kerana pekerjaan di ladang bukanlah jenis pekerjaan turun temurun yang mana terdapat ahli keluarga yang berpindah ke luar kelompok ladang berikutan mendapat tawaran kerja di tempat lain atau melanjutkan pelajaran.

    Jumlah kawasan ladang di Negeri Selangor yang direkodkan aktif adalah sebanyak 89 ladang. Meskipun kita mengambil maklum akan majoriti pekerja ladang adalah terdiri daripada masyarakat india, namun kini sektor perladangan sebahagian besar telah dimonopoli oleh warga asing. Di sini kita lihat, warga tempatan harus merebut peluang bagi bersaing dengan warga asing untuk meningkatkan semula statistik pekerja ladang yang terdiri dari kalangan warganegara. Berikut adalah senarai ladang dan bilangan pekerja warga tempatan di Negeri Selangor dan sumber ini diperolehi dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW) :

    BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA
    1 HULU SELANGOR Ladang      Changkat

    Asa

    101 orang
    2 Ladang Katoyang 17 orang
    3 Ladang Kerling 39 orang
    4 Ladang                         Sungai Jernih 69 orang
    5 Ladang Kelapa Bali 3 orang
    6 Ladang Lima Blas 42 orang
    7 Ladang   Lima                 Blas Oil Mill 21 orang
    8 Ladang                         Sungai Gumut 13 orang
    9 Ladang         Tanjung

    Malim Oil Mill

    36 orang
    10 Ladang              SMR Factory 24 orang
    11 Ladang               Hulu

    selangor

    20 orang
    12 Ladang Sungai Gapi 17 orang
    13 Ladang Sungai Gapi East Division 4 orang
    14 HULU LANGAT Ladang

    Ampertenang

    25 orang
    15 Ladang Balau 7 orang

     

    BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA
    16 KUALA LANGAT Ladang Pulau Carey

    East A

    0 orang
    17 Ladang Pulau Carey East B 0 orang
    18 Ladang Pulau Carey East C 143 orang
    19 Ladang Pulau Carey

    East D

    0 orang
    20 Ladang Pulau Carey East Oil Mill 45 orang
    21 Ladang Pulau Carey West 4 0 orang
    22 Ladang Pulau Carey

    West 6

    0 orang
    23 Ladang Pulau Carey West 7 202 orang
    24 Ladang Pulau Carey South A 0 orang
    25 Ladang Pulau Carey

    South B

    0 orang
    26 Ladang Pulau Carey West Oil Mill 37 Orang
    27 Ladang Bandar 14 orang
    28 Ladang Batu Untong 30 orang
    29 Ladang Bedford 16 orang
    30 Ladang              Bukit Cheeding 24 orang
    31 LadangBanting Palm Oil Mill 10 orang
    32 Ladang Fermanagh

    Est/OM

    60 orang
    33 Ladang      Kelanang Baru 40 orang
    34 Ladang           Sungai

    Bualah

    5 orang
    35 Ladang Teluk Datoh 19 orang
    36 Ladang Tg. Duablas 7 orang
    37 Ladang Sime Darby Research 108 orang
    36 Ladang Sime Darby

    Biotech & Lab

    8 orang

     

    BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA
    37 KUALA LANGAT Ladang Sime Darby

    Seeds & Agricul

    45 orang
    38 Ladang Sri Langat Oil Mill 49 orang
    39 Ladang Sepang B/C 57 orang
    40 Ladang                          Sepang Sungai Linau 37 orang
    41 Ladang                           Sungai Rawang 31 orang
    42 Ladang   Sepang   Oil Mill 0 orang
    43 SABAK BERNAM Ladang                           Sungai Bernam 1 83 orang
    44 Ladang                           Sungai Bernam 2 19 orang
    45 Ladang                           Sungai Bernam Research 7 orang
    46 Ladang                            Sabak Bernam 63 orang
    47 KUALA SELANGOR Ladang Berjuntai 15 orang
    48 Ladang Bukit Lagong 7 orang
    49 Ladang    Talang    Oil Mill 0 orang
    50 Ladang Talang 54 orang
    51 Ladang                      Kampung Baru 62 orang
    52 Ladang Rajamusa 119 orang
    53 Ladang                              Bukit Belimbing 15 Orang
    54 Ladang Bukit Tagar 104 orang
    55 Ladang                              Nigle Gardener 40 orang
    56 Ladang Bukit Rotan

    Oil Mill

    6 orang
    57 Ladang Eng Hong 0 orang
    58 Ladang Elmina 59 orang
    59 Ladang Starthalie 1 orang
    60 Ladang Group of B 35 orang
    61 Ladang Minyak 58 orang
    62 Ladang    Minyak    Oil Mill 47 orang

     

    BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA
    63   Ladang Sungai Tinggi 105 orang
    64 Ladang Shalimar 21 orang
    65 Ladang Sungai Buloh 96 orang
    66 Ladang                       Selangor River 85 orang
    67 Ladang                             Kuala Selangor 44 orang
    68 Ladang             Sungai

    Rambai

    15 orang
    69 Ladang Tennamaram 52 orang
    70 Ladang Hopeful 21 orang
    71 Ladang Bukit Badong 13 orang
    72 Ladang Tennamaram Oil Mill 40 orang
    73 Ladang Tuan Mee 38 orang
    74 Ladang Caledonian 32 orang
    75 Ladang Jeram 17 orang
    76 Ladang Bukit Darah 34 orang
    77 Ladang Tuan Mee Oil Mill 10 orang
    78 KLANG Ladang                              Bukit Cheraka 97 orang
    79 Ladang Bukit Cloh 52 orang
    80 Ladang Brounston 23 orang
    81 Ladang Bukit Ijok 45 orang
    82 Ladang                              Bukit Kerayong 73 orang
    83 Ladang Sungai Kapar 5 orang
    84 Ladang Jalan Acob 14 orang
    85 Ladang                              Bukit Kerayong Oil Mill 7 orang
    86 Ladang Golconda 14 orang
    87 Ladang Golconda Oil Mill 9 orang
    88 Ladang Bukit Rajah 14 orang
    89 PETALING Ladang Subang 16 orang
    JUMLAH KESELURUHAN 3211orang
  2. Berapa ramaikah jumlah pekerja ladang yang dapat direkodkan oleh kerajaan mengikut daerah?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Apakah usaha dan pencapaian kerajaan untuk menyelesaikan masalah penempatan/kediaman pekerja ladang?

    Kerajaan Negeri setakat ini belum mempunyai perancangan khusus untuk membantu bekas pekerja ladang yang telah bersara untuk mendapatkan rumah selepas mereka bersara. Namun begitu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah dan inisiatif dalam menangani masalah ini dengan melaksanakan beberapa siri lawatan dan turun padang ke ladang – ladang di seluruh Negeri Selangor bagi mendapatkan maklum balas, pandangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang berkenaan bagi membantu menjaga kebajikan pekerja

    ladang dan secara tidak langsung dapat meringankan beban yang dihadapi dari segi kewangan, pendidikan, sosial serta membantu dalam menyuarakan permasalahan yang dihadapi demi mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan manfaat kepada semua pihak.

    Hal ini dapat kita lihat apabila Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah membantu para pekerja ladang dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dengan membuat lawatan turun padang dari ladang ke ladang untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalami permasalahan mereka. Di bawah portfolio Pekerja Ladang juga, kami telah mengadakan sesi perbincangan bersama majikan pekerja ladang dalam mengekalkan fasiliti sedia ada seperti tapak rumah ibadat serta sekolah-sekolah di kawasan estet sebagai kemudahan pekerja mereka itu sendiri.

    Kami amat menitik beratkan nasib pekerja ladang dalam mendapatkan kediaman yang selesa untuk mereka mendiami seperti contoh :

    • Ladang Bukit Rajah – Seramai 75 keluarga telah dibantu dalam memiliki rumah teres satu tingkat dengan harga diskaun di bawah portfolio Pekerja Ladang. Selain itu juga, Portfolio Pekerja Ladang telah membantu mereka untuk mendapatkan tapak kuil sebagai kemudahan kepada mereka ;
    • Ladang Bangi – Seramai 22 orang pekerja ladang telah dibantu bagi mendapatkan persetujuan oleh majikan mereka dalam membina rumah kos rendah dan kos ditanggung oleh majikan itu sendiri ;
    • Taman Permata Dengkil – Seramai 393 orang pekerja ladang telah dibantuk bagi mendapatkan tapak untuk pembinaan rumah ;
    • Ladang Semenyih – Seramai 22 orang pekerja ladang telah mendapat manfaat berdasarkan perbincangan bersama majikan dan mereka bersetuju untuk membina 22 buah rumah kepada pekerja ladang serta memberikan tapak rumah ibadat ; dan
    • Ladang tumbok – Seramai 12 orang telah diberi bantuan untuk mendapatkan

    Portfolio Pekerja Ladang masih meneruskan perbincangan sebegini demi memastikan hak dan kebajikan pekerja ladang dijaga. Dengan cara begini, boleh dikatakan satu pencapaian yang agak besar oleh Kerajaan Negeri melalui peningkatan terhadap jumlah pekerja ladang yang dibantu dari tahun- tahun sebelum ini.

    Hal ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dalam membantu mengatasi masalah pemilikan dan rumah kediaman yang dihadapi oleh pekerja ladang secara tidak langsung.

    Sehubungan dengan itu, di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan bina baru rumah serta bantuan baikpulih rumah melalui Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Program ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor dan tidak terkecuali kepada bekas pekerja ladang.

    Di bawah program ini, Kerajaan Negeri telah membantu beberapa bekas pekerja ladang yang mempunyai tanah di atas milik sendiri untuk membina sebuah rumah yang selesa untuk didiami berpandukan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Kerajaan Negeri Selangor amat menitikberatkan nasib bekas pekerja ladang kerana golongan ini dianggap terpinggir dan tumpuan lebih harus diberikan kepada mereka dalam memastikan kebajikan mereka dijaga.

Lampiran

Tiada Lampiran.