Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

45) HUTAN PAYA GAMBUT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran jumlah keluasan Hutan Paya Gambut di seluruh Negeri Selangor ?

    Keluasan Hutan Paya Gambut di negeri Selangor adalah berjumlah 82, 890.38  ha. Butiran Hutan Paya Gambut dari segi jumlah bilangan beserta keluasannya adalah seperti yang berikut:

  2. Sila nyatakan apakah peranan Hutan Paya Gambut terhadap ekosistem dan kawasan tadahan air ?

    No. Nama Hutan Simpan Keluasan (ha)
    1. HS Raja Musa 23,486.43
    2. HS Kuala Langat Selatan 6,844.30
    3. HS Kuala Langat Selatan (Tambahan) 194.87
    4. HS Sungai Karang 50,106.60
    5. HS Kuala Langat Selatan (Tambahan) 1,300.55
    6. HS Kuala Langat Utara 957.63
    Jumlah (Hutan Paya Gambut) 82,890.38
  3. Sila huraikan apakah aktiviti pencerobohan utama yang sering berlaku ?

    Hutan Paya Gambut memainkan peranan yang penting terhadap ekosistem dan kawasan tadahan air di samping mempunyai ciri-ciri yang unik dan ‘fragile’. Sebarang gangguan terhadap ekosistem di kawasan ini akan menyebabkan perubahan berkekalan kepada sistem hidrologi dan habitat semulajadi kepelbagaian flora dan fauna. Selain itu, pengekalan air merupakan faktor penting dalam keseimbangan ekosistem hutan paya gambut. Aktiviti pembalakan secara intensif yang dijalankan sebelum 1990 telah menyebabkan banyak terusan air dibina bagi tujuan membawa keluar kayu balak. Pembinaan terusan air ini telah menyebabkan peningkatan pengaliran air keluar secara berlebihan dan berterusan. Keadaan ini menyebabkan paras air bawah tanah(ground water level) menjadi rendah. Dengan itu, permukaan gambut menjadi kering dan mudah terbakar semasa musim panas.

    Aktiviti pencerobohan utama yang sering berlaku di kawasan Hutan Paya Gambut adalah untuk tujuan aktiviti berunsurkan pertanian serta akuakultur.

Lampiran

Tiada Lampiran.