Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

39) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah tapak pembuangan sampah haram di Selangor, sila senaraikan mengikut PBT?

    Didapati sebanyak 244 lokasi (Jadual 1) sampah haram di seluruh PBT Negeri Selangor yang masih tidak dapat diatasi oleh PBT dan senarai lokasi adalah seperti di Lampiran 1. Isu ini juga telah dibentangkan oleh PBT dan dibincangkan di Sesi Pendengaran Tertutup Jawatankuasa Pilihan – Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) pada 27 Februari 2015. Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh PBT untuk menghapuskan tapak-tapak sampah haram ini adalah seperti:-

    • Menjalankan pemantauan berjadual iaitu tiga kali seminggu di tempat- tempat yang berisiko dan telah dikenalpasti sebagai lokasi ‘hot spot’ pembuangan sampah haram.
    • Mewujudkan anggota bagi menjalankan aktiviti intipan sampah haram bagi mengambil tindakab undang-undang kepada orang yang telah membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK).
    • Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik sampah haram yang telah
    • Memasang papan tanda ‘Dilarang Membuang Sampah’ di lokasi pembuangan sampah haram yang telah
    • Mendapatkan kerjasama daripada penduduk/pemilik premis berhampiran untuk menyalurkan maklumat segera kepada pihak PBT jika terdapat aktiviti pembuangan sampah di tempat-tempat yang tidak dibenarkan oleh pihak
    BIL. PBT BILANGAN LOKASI HOT-SPOT SAMPAH HARAM YANG TIDAK DAPAT DIATASI
    1. MBSA Tiada. Telah diatasi
    2. MBPJ 40 lokasi
    3. MPSJ 23 lokasi
    4. MPKj 40 lokasi
    5. MPS 11 lokasi
    6. MPK 4 lokasi
    7. MPAJ 41 lokasi
    8. MPSp 13 lokasi
    9. MDKS 24 lokasi
    10. MDKL 12 lokasi
    11. MDSB 31 lokasi
    12. MDHS 5 lokasi
    JUMLAH 244 lokasi

     

  2. Apakah langkah-langkah untuk menghapuskan tapak-tapak haram ini?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Berapa jumlah tapak tanah yang dirampas kerana jadi tempat pembangunan sampah haram?

    Jumlah tapak tanah yang dirampas yang disebabkan pembangunan sampah haram sejak 2008 hingga kini adalah sebanyak 2 buah. Manakala sebanyak 31 notis pemulihan tanah dikeluarkan. Pecahan lokasi adalah seperti diLampiran 2.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.