Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

37) SUKMA 2015

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah visi kontinjen Negeri Selangor terhadap Sukma 2015 yang akan datang?

    Sukan Malaysia (SUKMA) telah pun memasuki edisi yang ke-17 pada penganjurannya 2014 di Perlis yang lalu. SUKMA pada edisi pertama bermula pada tahun 1986 dan dianjurkan secara dwitahunan ini sehingga edisi ke – 13 pada tahun 2010. Pada SUKMA edisi ke – 14, iaitu selepas SUKMA 2010, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA telah menggubal penganjuran SUKMA tersebut daripada dwitahunan kepada setiap tahun yang melibatkan jenis- jenis sukan yang berlainan bermula pada tahun 2011. Maka bermulalah SUKMA yang dianjurkan secara tahunan bermula pada tahun 2011.

    Pada tahun 2015 ini, Mesyuarat Tertinggi SUKMA telah memutuskan bahawa penganjuran SUKMA 2015 telah dibatalkan dan penganjuran seterusnya adalah pada tahun 2016 untuk edisi ke – 18.

    Berikut adalah kedudukan kontinjen Selangor dalam kesemua SUKMA yang disertai:-

     

    Kontinjen Selangor telah berjaya mengecapi sebanyak 8 kali juara dan 6 kali kejuaraan tersebut adalah berturut – turut. Walau bagaimanapun, ianya agak merudum pada SUKMA yang lepas.

    Maka dengan itu, pihak Majlis sedang membuat perancangan untuk meneliti semula visi kontinjen Negeri Selangor pada kali ini dan secara relevannya adalah untuk memperbaiki kedudukan daripada tempat – 4 ke pada sekurang – kurangnya kepada 3 teratas.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.