Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

33) PEMBERSIHAN SUNGAI KELANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Sungai Kelang dibersihkan secara berkala dan apakah skop pembersihan?

    Secara umumnya, Sungai Klang yang bermula dari Hutan Simpan Ulu Gombak mengunjur hingga ke muara Sungai Klang mempunyai kelebaran maksimum di muara lebih kurang 300 meter dan purata kelebaran adalah 50 meter hingga 100 meter. Secara keseluruhannya, jajaran Sungai Klang adalah melalui 3 daerah di Negeri Selangor iaitu daerah Gombak, Petaling dan Klang.

    Bagi mengekalkan kepentingan dan peranan Sungai Klang dari aspek pembangunan hartanah bagi Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor sentiasa melaksanakan kerja–kerja pembersihan dan penyelenggaraan perangkap sampah yang dipasang merentangi Sungai Klang secara berkala sepanjang tahun. Skop pembersihan dan penyelenggaraan termasuk :

    • memunggah dan mengumpul sampah dari perangkap sampah,
    • mengangkut dan mengeluarkan sampah sarap ke tempat pelupusan sampah yang dibenarkan,
    • membersihkan kawasan      sekeliling      perangkap                                 sampah,dan

    Penggunaan bot turut diperlukan semasa kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan perangkap sampah di sepanjang Sungai Klang dijalankan.

  2. Adakah kerja pembersihan Sungai Kelang termasuk menggali dasar sungai?

    Kerja pembersihan Sungai Klang seperti perkara di atas tidak melibatkan kerja-kerja penggalian dasar sungai. Sebaliknya hanya menumpukan kepada kerja-kerja mengangkut keluar sisa pepejal yang terdapat di sepanjang jajaran aliran sungai tersebut.

     

  3. Adakah keadaan kebersihan Sungai Kelang berhubung dengan kelakuan banjir di Klang?

    Sg Klang adalah sungai yang mengalir secara terus ke laut. Peningkatan paras Sg Klang di pengaruhi pasang surut air laut. Fenomena pertembungan air laut pasang tinggi dan hujan di dalam kawasan tadahan Sg Klang memberi kesan utama dalam berlakunya banjir. Keadaan kebersihan Sg Klang hanya memberi kesan kepada kualiti air Sg Klang di mana jika tidak dikawal akan memberi kesan kepada pencemaran hidupan manusia dan hidupan

    Maklumat Tambahan :

    1. Sejumlah peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri telah digunakan untuk kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan perangkap sampah di sepanjang Sungai Klang seperti butiran di bawah:
     

    Bil

     

    Daerah

     

    Lokasi

     

    Kuantiti

     

    Kos Penyelenggaraan

    Jumlah

    Kutipan Sampah

    1 Petaling Seksyen 23, Shah Alam 1 no RM 320,000.00 7,848 TON
    2 Klang Kampung Sungai Kandis 1 no RM 224,400.00 120 TON
    Jalan Harper 1 no RM 250,800.00 200 TON
    3 Gombak Sungai Gombak 1 no RM 110,000.00 312 TON
     

    Jumlah Keseluruhan

     

    4 nos

     

    RM 985,200.00

     

    8,480 TON

    Sejarah kerja-kerja pengorekan dasar Sungai Klang yang pernah dijalankan sebelum ini adalah seperti berikut:

    • Pada Tahun 1980 – 1990 Menggunakan Kapal Korek yang beroperasi dari Puchong hingga Bukit
    • Pada tahun 1999 – 2003 melalui Projek Kerja-Kerja Tebatan Banjir Sungai Klang bermula dari Sempadan Wilayah Persekutuan sehingga Bandar Klang.
    • Pada Tahun 2007 – 2009 melalui kerja-kerja Projek Mengatasi Banjir Musim Tengkujuh.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.