Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

32) PEKERJA LADANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bantuan kerajaan negeri kepada pekerja ladang di Selangor pada tahun 2014 mengikut PBT?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang amat komited dalam menjaga hak dan kebajikan Pekerja Ladang di Negeri ini. Pelbagai program telah dianjurkan bagi memenuhi kehendak sekaligus meningkatkan motivasi dalam diri mereka melalui program usahasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Bagi tahun 2014, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah banyak menganjurkan program-program khusus untuk membantu para pekerja ladang termasuk anak- anak mereka untuk sama-sama menikmati faedah dari pelbagai aspek termasuk pendidikan dan bantuan kewangan untuk meringankan bebanan mereka dalam mengharungi hidup sebagai golongan yang dianggap

    Program-program yang dianjurkan setakat ini adalah tidak mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Namun demikian, program yang dilaksanakan adalah mengikut daerah dan melibatkan seluruh warga pekerja ladang di  Negeri Selangor.

    Tabung Pendidikan Anak – Anak Pekerja Ladang ditubuhkan khusus untuk memberi bantuan kewangan dalam aspek kebajikan dan pendidikan. Skim ini terbuka kepada seluruh anak – anak pekerja ladang di negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Program-program yang dianjurkan adalah khusus untuk menjaga kebajikan pekerja ladang dalam meringankan bebanan yang ditanggung dalam kehidupan seharian.

    Antara program – program yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun 2014 khusus bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut:

    Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bus Sekolah Pemberian wang RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang bagi setiap tahun berdasarkan permohonan yang diterima dapat mengurangkan perbelanjaan seisi

    Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia

    Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5000.00 setiap pelajar bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa.

    • Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)

    Penyampaian anugerah adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai penghargaan kepada anak – anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang.

    1. Program – program Motivasi UPSR untuk anak pekerja ladang

    Program ini dianjurkan adalah sebagai satu langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan anak-anak di Negeri Selangor khususnya anak pekerja ladang mendapat pendidikan yang sempurna. Program berbentuk seminar ini dilaksanakan khusus untuk membantu anak pekerja ladang yang akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan dan teknik menjawab peperiksaan.

    Di bawah Jawatankuasa Pekerja Ladang, kami memandang serius akan pendidikan anak-anak pekerja ladang terutamanya dalam bidang pelajaran bagi membantu mereka untuk lebih maju dan bersaing dengan pelajar di luar sana. Program sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pendidikan anak pekerja ladang. Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengekalkan bantuan-bantuan sedia ada yang dilaksanakan dan akan menambaik program-program tersebut dari masa ke semasa.

    Selain daripada itu, melalui usahasama yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bersama Badan – Badan Bukan Kerajaan (NGO), mutu pendidikan anak pekerja ladang diharap dapat meningkat dari masa ke semasa melalui program-program yang telah dilaksanakan. Antara program bersama NGO yang telah dilaksanakan adalah seperti Program Motivasi UPSR, program seminar kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah serta program kem motivasi. Antara NGO-NGO yang pernah terlibat di dalam penganjuran program ini tahun 2014 adalah seperti berikut :

    • Pertubuhan Suara Makkal Suara Kita Malaysia
    • Pertubuhan Pendidikan    Kebudayaan    &    Kebajikan                         Masyarakat Malaysia
    • Persatuan Pendidikan Wawasan Selangor
    • Persatuan Penganut Samarasa Suttha Sanmargam
    • Persatuan Pendidikan Warisan Selangor
    • Persatuan Kebajikan Penduduk Tamil Kawasan Bukit Rajah
    • Persatuan Pendidikan Wariasi UIQ Selangor
    • Persatuan Kebajikan Mahavatar Babaji Selangor

    Dalam pada itu, program kebajikan yang juga telah dilaksanakan adalah lawatan ke ladang – ladang dalam memastikan segala permasalahan dan isu

    • isu yang dibangkitkan dapat diketengahkan dan diselesaikan secara baik. Antara lawatan dan permasalah yang dapat diselesaikan melalui Jawatankuasa Tetap pekerja Ladang adalah seperti di Ladang Bukit Raja, Ladang Inche Canon, Ladang Tumbok, Taman Permata Dengkil dan Ladang Bangi. Sempena lawatan yang dilaksanakan, turut disampaikan adalah hamper berbentuk keperluan harian bagi meringankan beban pekerja ladang tersebut.

    Bagi Tahun 2014 juga, Stanco Pekerja Ladang telah menganjurkan beberapa bentuk program khusus kepada Pekerja Ladang di Negeri Selangor. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :-

    • Perayaan Pesta Ponggal Peringkat Negeri Selangor

     

    • Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor

     

    • Program Bersama Warga Emas Daerah Hulu Langat

     

    • Program Mesra Rakyat Bersama Bekas Pekerja Ladang Kapar, Klang

     

    • Program Bersama Pemimpin-pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Bekas Pekerja Ladang

     

    • Program Lawatan Turun Padang YB Tuan Ganabatirau A/L Veraman Bersama Pekerja-pekerja Ladang Di Daerah Kuala Langat

     

    • Program Sambutan Deepavali Bersama Pekerja-pekerja Ladang Di Daerah Hulu Selangor Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Negeri Selangor
  2. Berapakah peruntukan yang disediakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pekerja ladang pada tahun 2015?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukan dana sebanyak RM500,000.00 di bawah peruntukan pembangunan pekerja ladang di mana peruntukan tersebut khusus dan tertumpu untuk membantu serta menjaga kebajikan pekerja ladang di seluruh Selangor.

    Manakala RM1,000.000.00 pula diperuntukkan di bawah Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang bagi tujuan membantu anak-anak pekerja ladang untuk meningkatkan mutu dan taraf pendidikan mereka.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.