Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

22) PENTADBIRAN MASJID

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi pentadbiran masjid sekarang yang diurus tadbir oleh anak qariah sendiri?

    Secara keseluruhannya Ya, Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi pentadbiran masjid yang dikendalikan oleh anak kariah masing-masing. Daripada 408 buah masjid pada tahun 2014 hanya terdapat 46 buah masjid atau 11.27% dari keseluruhan masjid.

  2. Berapa banyakkah masjid yang telah mencapai SOP yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS?

    Pada tahun 2009 JAIS telah melaksanakan KPI Pengurusan Masjid yang mengandungi 14 objektif meliputi Pentadbiran , Pengimarahan dan Keceriaan. Dengan adanya kayu ukur ini kita dapat mempertingkatkan mutu daya urus Tadbir masjid di seluruh Negeri Selangor. Berikut adalah masjid yang telah mendapat pengiktirafan Lima (5) Bintang semenjak sistem KPI dilaksanakan:

    Tahun Jumlah
    2009 4
    2010 11
    2011 12
    2012 19
    2013 20
    2014 27

    Peratusan Pencapaian 1-5 Bintang Tahun 2014 mengikut jumlah masjid yang dihantar kepada Bahagian Pengurusan Masjid

     

    Daerah

    5

    Bintang 90%

    –   100%

    4

    Bintang 80%

    – 89 %

    3

    Bintang 70%

    –  79%

    2

    Bintang 60%

    –  69%

    1

    Bintang 50%

    –  59%

    0

    Bintang 01%

    –  49%

    Jumlah
    Sabak Bernam 4 22 17 2 1 1 47
    Kuala

    Selangor

    3 19 18 12 3 3 58
     

    Klang

    1 12 23 8 44
    Kuala Langat 4 19 7 3 33
     

    Sepang

    1 8 11 4 1 25
    Hulu Langat 3 11 18 17 1 50
     

    Petaling

    7 32 27 10 2 3 78
     

    Gombak

    7 18 7 4 1 37
    Hulu Selangor 1 6 11 1 4 23
     

    Jumlah

     

    27

     

    132

     

    151

     

    64

     

    16

     

    7

     

    395

Lampiran

Tiada Lampiran.