Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
21) PERUNTUKAN BANTUAN PENDIDIKAN UNTUK SJKC
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kriteria yang digunakan untuk memilih SJKC bagi pemberian bantuan pendidikan fasa 2 pada tahun 2014
Kriteria pemilihan SJKC bagi pemberian bantuan pendidikan Fasa 2 2014 adalah berdasarkan perkara berikut:
- Keutamaan diberi kepada sekolah-sekolah yang belum mendapat bantuan untuk Fasa 1
- Keadaan infrastruktur sekolah
- Jumlah baki peruntukan yang sedia
-
Nyatakan sebabnya kenapa semua SJKC di Hulu Selangor tidak dipertimbangkan dalam pemberian bantuan pendidikan fasa 2 pada tahun 2014.
Bagi Fasa 1 jumlah bantuan sekolah yang telah diberikan kepada SJKC di Daerah Hulu Selangor adalah sebanyak RM58,000.00 kepada 8 buah sekolah. Bagi fasa 2 berdasarkan penelitian yang telah dibuat oleh pihak jawatankuasa sekolah-sekolah, permohonan yang telah dikemukakan bagi fasa 2 adalah tidak memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan di atas.