Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

18) MODERN PIG FARMING

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan akan melaksanakan projek tersebut?

    Projek ini  akan  dilaksanakan  pada  tahun      Pada tahun ini, Kerajaan Negeri merancang untuk :

    • melantik syarikat perunding
    • menyelesaikan kelulusan daripada pihak berkuasa negeri

    Secara keseluruhannya, pembangunan MPF ini mengambil masa 3 tahun dan dijangka beroperasi pada 2019.

  2. Apakah kebaikannya dibandingkan dengan penternakan tanpa kawalan seperti sekarang?

    Projek ini mempunyai banyak kebaikan, iaitu :

    • Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan kerana penternakan babi ditumpukan ke satu tempat
    • Mencegah pencemaran melalui sistem pengolahan sisa berpusatyang lengkap dengan berkonsepkan “zero-discharge”.
    • Projek ini bersifat “self-contained” di mana kandang,, rumah sembelih, loji pemprosesan dan sebagainya terletak dalam kawasan MPF. Hanya daging dan produk babi yang diangkut oleh “refrigerated truck” dibenarkan keluar daripada kawasan
    • Semua ladang dalam MPF dikehendaki melaksanakan Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP).
    • Zon penampan selebar 300 m di sekeliling MPF bertujuan untuk memelihara kesejahteraan masyarakat
  3. Adakah dengan terlaksananya projek ini harga tanah di Tanjung Sepat dapat dipulihkan (harga merudum kerana penternakan babi yang tidak terkawal)?

    Sudah tentu harga tanah di Tanjung Sepat dapat dipulihkan. Para pembeli dan pelabur dijangka lebih yakin dengan kawasan ini kerana tiada lagi kontroversi.

Lampiran

Tiada Lampiran.