Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

15) PELABURAN DAN PERNIAGAAN DI SELANGOR : MENGIKUT KAJIAN (SURVEY) EKONOMI YANG TERKINI, SELANGOR TELAH JATUH KE TANGGA KELIMA (5) DARI SEGI MENARIK MINAT PELABUR-PALABUR DAN PEMAJU-PEMAJU PERUMAHAN ASING DAN TEMPATAN DI MALAYSIA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan atau langkah telah diatur oleh Selangor untuk pastikan negeri Selangor ketangga no.1 dalam segi pelaburan?

    Dalam memastikan Negeri Selangor ke tangga no 1 dalam segi pelaburan, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor merancang beberapa langkah seperti berikut;-

    • Promosi pelaburan di dalam dan luar negara.
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    • Penerbitan iklan-iklan dalam media cetak dan media elektronik dalam dan luar
    • Program-program pertemuan dengan pelabur  sedia ada bagi membantu menyelesaikan isu
    • Program pertemuan    dengan   pihak   kedutaan   dan    dewan-dewan perniagaan asing.
    • Penyertaan di dalam pameran-pameran yang berkaitan
  2. Adakah Selangor akan mengkaji semula polisi-polisi dan syarat-syarat pelaburan dan perniagaan yang ada sekarang untuk menarik semula minat pelabur dan pemaju perumahan asing/tempatan?

    Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, IKS dan Pengangkutan Negeri Selangor dan agensi-agensi terlibat pada masa ini dalam proses mengkaji semula polisi – polisi dan syarat – syarat pelaburan dan perniagaan yang sedia ada untuk menarik semula minat pelabur dan pemaju perumahan asing / tempatan. Antara polisi – polisi dan syarat – syarat yang sedang dikaji semula seperti;-

    • Garis Panduan Perolehan Hartanah Oleh Warganegara Asing / Penduduk Tetap / Syarikat Asing di Negeri
    • Proses – Proses Kelulusan pembangunan seperti Permohonan Kebenaran Merancang, kelulusan Pelan Bangunan, Pelan Infra dan sebagainya.
    • Polisi berkenaan proses memperbaharui Lesen Perniagaan di Peringkat Pihak Berkuasa

     

Lampiran

Tiada Lampiran.