Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
303) ANCAMAN DAESH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengekang DAESH di Selangor?
Tuan Speaker, soalan mengenai ini telah ditanyakan oleh Bukit Gasing pada Mesyuarat Kedua iaitu sidang yang lepas. Secara ringkasnya, hal ehwal keselamatan merupakan tanggungjawab persekutuan. Negeri Selangor telah bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara dalam menganjurkan sesi penjelasan kepada penjawat awam, manakala di peringkat negeri sendiri pelbagai program kesedaran telah dilaksanakan dari semasa ke
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kaedah untuk mengekang DAESH di Selangor?
Oleh kerana isu mengenai DAESH merupakan isu di peringkat nasional, Kerajaan Negeri hanya boleh membantu mengekangnya dari sudut yang terbatas. Antara lain ialah melalui fatwa yang boleh dirujuk oleh semua ahli yang Berhormat menerusi laman sesawang Jabatan mufti negeri Selangor iaitu muftiselangor.gov.my. Fatwa ini telah diwartakan pada awal tahun ini