Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
277) PEMBERIAN HAK MILIK LAKE EDGE PUCHONG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pemkembangan terkini tentang pindahan pemberian hak milik lot individu daripada pemaju Pakatan Perkabina kepada semua pembeli?
a) dan b)
Untuk makluman Yang Berhormat, satu pertemuan di antara pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, pemaju bersama- sama YB. Tuan Ng Sze Han (ADUN Kinrara) sendiri pada 2 Jun 2016 bagi membincangkan penyelesaian pemberian hak milik tersebut.
Di dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan beberapa perkara berikut :
Terdapatnya perbezaan pengiraan bayaran pemulangan potongan harga Bumiputera dan denda melanggar syarat kuota Bumiputera di antara LPHS dan pemaju. Oleh itu LPHS dipohon untuk membuat semakan dan kiraan semula jumlah bayaran sebenar yang perlu dibayar oleh pemaju berdasarkan dokumen yang
Pihak pemaju tidak mempunyai dana untuk membayar jumlah bayaran yang dikenakan dan mesyuarat bersetuju agar bayaran tersebut di kontra dengan pembinaan Rumah Selangorku Jenis D (landed) berkeluasan 1,000 kaki persegi bersaiz lot 20‟ x 60‟ dan dijual pada harga tidak melebihi RM200,000.00 seunit di atas tanah/ plot yang belum
100% pembeli adalah Bumiputera dan senarai nama pembeli adalah melalui
Pada masa ini, pihak LPHS, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan pemaju dalam proses semakan (teknikal) terhadap pelan susunatur yang dicadangkan oleh pihak pemaju agar ianya memenuhi syarat dan piawaian perancangan yang telah ditetapkan. Setelah kesemua syarat dan piawaian perancangan dipatuhi, LPHS akan menyediakan kertas pertimbangan ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan dalam bulan November 2016.
-
Apakah status permohonan pengecualian bayaran balik pemulangan kuota bumiputera bagi project tersebut?
-
Bilakah proses pindahan hak milik seperti soalan (a) dapat disempurnakan?
c) Untuk makluman Yang Berhormat, proses pindah milik „blanket concent approval‟ bagi pembeli- pembeli di projek Lake Edge Puchong tidak akan diproses oleh PTGS selagi pembayaran berjumlah RM14,574,032.07 belum dijelaskan kepada LPHS. Walau bagaimanapun, sekiranya pembeli- pembeli tidak dapat menunggu penyelesaian yang telah dinyatakan di jawapan a dan b di atas, pihak pemaju di benarkan untuk membuat bayaran tersebut secara ansuran mengikut nama pembeli. Untuk rekod, PTGS telah memproses permohonan pindah milik untuk 1 orang pembeli yang mana telah pun menjelaskan bayaran kepada