Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

269) KELONG PARADISE

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan penyelenggaraan yang diperuntukkan untuk menyeleggara Kelong ini?

    Mengikut kebiasaannya, Pemegang Konsesi bertanggungjawab menyedia peruntukan dan membuat penyelenggaraan untuk Kelong berkenaan. Pada masa kini, tiada Pemegang Konsesi yang baru dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri. Ini kerana adanya prosiding mahkamah mengenai tuntutan oleh syarikat pengurusan Kelong sebelum ini, Hay Resort „N‟ Services Sdn. , yang masih berjalan.

  2. Apakah pelan pembangunan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Kelong ini sebagai salah satu daya penarik pusat pelancongan di Sabak Bernam?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 13/2013 bertarikh 3 April 2013 telah menimbang dan bersetuju secara dasarnya untuk menyerahkan pengurusan kelong ini kepada Majlis Daerah Sabak Bernam, dengan syarat-syarat yang akan ditentukan, setelah selesai prosiding Mahkamah.

    Sehubungan dengan itu, Y.A.B Dato‟ Menteri Besar Selangor telah meluluskan permohonan secara pewartaan di bawah Seksyen 62 KTN (Kanun Tanah Negara) tanah kerajaan seluas 1,750 meter persegi sebagai tapak kelong pada 5 Disember 2014 dengan melantik Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

    Untuk maksud itu, Pejabat Tanah Sabak Bernam telah mengemukakan Permohonan Ukur (PU) kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada Januari 2015 dan tindakan pewartaan hanya boleh dilaksanakan setelah Pelan Akui (PA) diperolehi dari pihak JUPEM.

Lampiran

Tiada Lampiran.