Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
264) CAJ JETI TAMBATAN / JETI PENDARATAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini caj yang akan dikenakan ke atas jeti tambatan sampan / bot serta jeti pendaratan ikan oleh pihak LUAS?
Cadangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan caj RM600 setahun terhadap jeti nelayan oleh LUAS adalah di dalam peringkat semakan semula dengan mengambil kira pandangan para nelayan dan pihak-pihak yang berkepentingan semasa inventori
-
Apakah tindak balas Kerajaan Negeri terhadap bantahan oleh nelayan?
Kerajaan Negeri mengambil maklum akan maklum balas daripada nelayan- nelayan. Cadangan untuk melaksanakan caj RM600 setahun terhadap jeti nelayan tersebut sedang berada di dalam peringkat semakan semula dengan mengambil kira pandangan para nelayan dan pihak-pihak yang berkepentingan semasa inventori