Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
262) DUTI HIBURAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah duti hiburan yang dikutip sejak 2013 mengikut jenis dan kategori.
Jumlah duti hiburan yang dikutip sejak 2013 sehingga 30 September 2016 mengikut jenis dan kategori adalah seperti berikut :
JENIS HIBURAN
2013 (RM)
2014 (RM)
2015 (RM)
2016 (30 September) (RM)
JUMLAH
PANGGUNG WAYANG 40,221,522.38 44,643,785.10 47,313,992.26 41,441,049.76 173,620,349.50 LUMBA KUDA / PERTUNJUKAN PENTAS
734,462.00
650,877.30
637,282.25
487,161.75
2,509,783.30
CAGARAN 22,539.00 12,910.00 180,112.85 120,296.25 335,858.10 PUB / LIVE MUSIC/ KARAOKE
2,048,868.90
2,110,145.00
1,895,235.00
1,374,755.00
7,429,003.90
MESIN HIBURAN 1,015,740.00 932,905.00 1,019,341.25 753,525.00 3,721,511.25 SNUKER / POOL TABLE / BOWLING
662,036.00
579,820.00
500,220.00
370,270.00
2,112,346.00
JUMLAH 44,705,168.28 48,930,442.40 51,546,183.61 44,547,057.76 189,728,852.05 -
Bagaimanakah duti hiburan tersebut digunakan dalam pembangunan sektor kesenian dalam negeri?
Hasil duti hiburan adalah termasuk dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri. Daripada Kumpulan Wang tersebut telah diperuntukkan untuk sektor kesenian. Di antaranya adalah peruntukan untuk penyelidikan Adat Melayu, Bahasa, Kesenian, Budaya dan Warisan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Selain daripada itu, peruntukan juga diberikan
untuk melaksanakan program kebudayaan di bawah Jawatankuasa Tetap Kebudayaan seperti Aktiviti Kebudayaan Negeri, acara kebudayaan di Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan, aktiviti seni pentas dan layar, Kota Seni dan Program Kebudayaan Rakyat.