Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
257) KUOTA UNIT PERUMAHAN UNTUK BUMIPUTERA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan oleh pemaju dan kelulusan untuk melepaskan unit kuota bumiputera yang tidak terjual?
Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang bulan Januari 2016 hingga 15 Oktober 2016, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima 13 permohonan daripada pemaju perumahan yang melibatkan 573 unit untuk pelepasan kuota Bumiputera. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 339 (59%) unit rumah kuota Bumiputera telah diluluskan pelepasan. Perincian setiap permohonan adalah seperti di Lampiran 1 di Jadual
-
Nyatakan hasil kerajaan yang diperolehi dari kelulusan proses pelepasan ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, daripada 339 (59%) unit rumah kuota Bumiputera yang telah diluluskan pelepasan, LPHS telah mengutip sebanyak RM1,604,908.48.
-
Apakah langkah yang telah diambil untuk memastikan proses ini tidak dimanipulasi oleh pihak pemaju?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri pada 11 Ogos 2011 telah meluluskan Mekanisma Penyelenggaraan Kuota Bumiputera Negeri Selangor sebagai panduan kepada semua agensi kerajaan dan swasta khususnya pemaju dalam proses permohonan pelepasan unit- unit hartanah kuota