Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
234) KOLAM TAKUNGAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan semua kolam takungan di kawasan MPSJ
Berdasarkan inventori kolam takungan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS), terdapat 28 kolam takungan dikawasan MPSJ. Kolam-kolam takungan tersebut adalah seperti berikut:
BIL.
SENARAI KOLAM
STATUS PEMILIKAN 1 Kolam Takungan KTMB Batu 3 JPS 2 Kolam Takungan Online Sg. Kuyoh JPS 3 Kolam A Jabatan Pertanian JPS 4 Kolam Jabatan Pertanian JPS 5 Kolam Takungan Bluewater Estate Sri Kembangan
Pemaju 6 Kolam Takungan Jalan Berkat Kg. Seri Aman, Puchong
Pemaju 7 Tasik Taman Rekreasi MPSJ (Kolam Buaya) MPSJ 8 Tasik Mines Resort Pemaju 9 Tasik Serdang Jaya MPSJ 10 Tasik UPM (5 kolam) UPM 11 Jalan Mutiara Subang 5 MPSJ 12 Jalan Mutiara Subang 6 MPSJ 13 Jalan USJ 3A/6 USJ 3A MPSJ 14 Jalan Pinggiran Subang Usj 1 MPSJ 15 Jalan 5 Taman Tenaga MPSJ 16 Jalan Aman Kg Sri Aman MPSJ 17 Jalan Perdana 6/3 Tmn Puchong Perdana MPSJ 18 Jalan Wawasan 4/2 Tmn Wawasan MPSJ 19 Jalan Pju 4/12 Tmn Puncak Jalil MPSJ 20 Persiaran Puncak Jalil MPSJ 21 Jalan Harmoni, Taman Puncak Jalil MPSJ 22 Jalan PUJ 9/1 Tmn Puncak Jalil MPSJ 23 Jalan Puncak Jalil 8, Tmn Puncak Jalil MPSJ 24 Jalan PUJ 9/20, Tmn Puncak Jalil MPSJ 25 Jalan Raya 3, Taman Serdang raya MPSJ 26 Jalan Sri Serdang Selatan, Tmn Sri Serdang MPSJ 27 Jalan BS 9/5, Bukit Serdang Sek. 9 MPSJ 28 Jalan PSK 5, PST Perusahaan Seri kembangan
MPSJ -
Apakah polisi dan tanggungjawap serta jadual penyelenggaraan terhadap kolam takungan tersebut untuk mengelakkan banjir kilat
Pihak Berkuasa Negeri Selangor melalui keputusan Majlis Tindakkan Ekonomi Negeri (MTES) pada 1 Julai 2015 telah menetapkan bahawa semua kolam takungan MASMA (Manual Saliran Mesra Alam) yang dibina oleh pemaju akan diselenggera oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor setelah proses penyerahan kolam oleh pihak pemaju kepada kerajaan negeri
Jabatan Pengairan Dan Saliran Selangor (JPS) telah mensasarkan pengambilan alih sebanyak 314 kolam takungan MASMA (Manual Saliran Mesra Alam) secara berperingkat dari tahun 2015 hingga tahun 2018. Setiap kolam takungan MASMA (Manual Saliran Mesra Alam) dilaksanakan kerja-kerja berikut:
i) Menaiktaraf Kolam
Kerja-kerja menaiktaraf akan dilakukan setiap 4 tahun sekali. Skop utama kerja-kerja ini ialah pendalaman kolam takungan dan
menaiktaraf outlet dan inlet kolam takungan. Ini bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan kapasiti takungan air.
ii) Penyelenggaraan Berkala
Setelah sesebuah kolam takungan MASMA (Manual Saliran Mesra Alam) telah dinaiktaraf, maka Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor akan bertindak melaksanakan penyelenggaraan berkala kolam takungan MASMA (Manual Saliran Mesra Alam). Skop utama kerja-kerja ini ialah memotong rumput, mengangkat sampah, pembaikan pagar mencuci gali kolam dan lain-lain yang berkaitan. Penyelenggaraan berkala ini dijangka dilakukan 2-3 kali setahun tertakluk kepada peruntukkan semasa.
-
Apakah perancangan untuk membina lebih banyak kolam takungan di kawasan MPSJ?
Perancangan RMK11 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor tidak mensasarkan sebarang pembinaan kolam takungan dikawasan MPSJ. Namun demikian, Jabatan ini semenjak dahulu telah menetapkan sebarang pembangunan tanah melebihi 25 ekar oleh pihak pemaju perlu menyediakan kolam takungan MASMA (Manual Saliran Mesra Alam). Ini dapat mengawal kuantiti air larian ke parit dan sungai
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Jumlah peruntukan Caruman Parit yang diperlukan mengikut tahun bagi penyelenggaraan 314 kolam takungan banjir ini adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah
2015 2016 2017 2018 RM 6.67 Juta RM 8.0 Juta RM 8.0 Juta RM 8.0 Juta RM 30.67 Juta