Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

232) TERDAPAT TINDAKAN MAHKAMAH OLEH INDIVIDU DAN SYARIKAT TERHADAP KERAJAAN NEGERI DALAM ISU-ISU PEMBERIMILIKAN TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kes-kes yang dibawa ke Mahkamah sehingga Jun 2016?

    Kes-kes sivil yang dibawa ke Mahkamah dari Januari 2016 sehingga Jun 2016 adalah melibatkan kes-kes Semakan Kehakiman, Saman Pemula dan Writ Saman. Kes-kes tersebut adalah berkaitan pengambilan tanah, pemberimilikan tanah, frod, carian dan tugas-tugas statutori Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hak milik dan Pentadbir Tanah menurut Kanun Tanah Negara

  2. Berapa banyak jumlah kes yang dibawa ke Mahkamah sehingga Jun 2016?

    Bagi tempoh Januari 2016 sehingga Jun 2016, sebanyak 101 kes sivil baru dibawa ke

  3. Berapa banyak kos keseluruhan (kos guaman dan pampasan) telah dibayar oleh Kerajaan kerana penyelesaian kes di Mahkamah sehingga Jun 2016?

    Bagi tempoh Januari 2016 sehingga Jun 2016, sebanyak 108 kes berjaya diselesaikan. Dalam tempoh tersebut, hanya terdapat satu kes yang direkodkan penghakiman persetujuan iaitu kes Halaman Mantap dengan jumlah pampasan yang dipersetujui ialah RM17.5 juta yang dipersetujui untuk dibayar pada atau sebelum 31 Januari

Lampiran

Tiada Lampiran.