Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

190) BANGUNAN BAHARU DEWAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang membina kompleks baharu Dewan Negeri Selangor?

    Cadangan Pembinaan Bangunan Annex II telah dibangkitkan oleh Y.B. Tuan Ng Suee Lim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sekinchan dalam Persidangan Dewan Negeri enam (6) tahun yang lalu. Bangunan Annex II yang dicadangkan ini bakal menjadi pejabat pentadbiran kepada Y.B. Ahli Dewan Negeri (ADN) terutama semasa Persidangan Dewan Negeri. Sehubungan itu, Draf Brif Projek telah disediakan dan pihak JKR Bahagian Arkitek sedang dalam proses mengemaskini Skop Projek Cadangan Pembinaan Bangunan Annex II. Pihak JKR Bahagian Bangunan juga sedang dalam proses melantik Juruukur Berlesen bertujuan memperincikan kesesuaian tapak dan keluasan yang

  2. Atas faktor-faktor apakah perlunya suatu kompleks baharu?

    Bangunan Annex II ini akan menjadi Pejabat Pentadbiran Ahli Dewan Negeri terutama semasa Persidangan Dewan Negeri. Setiap Ahli Dewan Negeri akan disediakan sebuah bilik pejabat lengkap dengan peralatan dan kemudahan lain yang

  3. Berapakah perbelanjaan yang akan digunakan bagi pembinaan tersebut?

    Anggaran kos untuk pembinaan Bangunan Annex II sebanyak RM39,388,240.00 pada tahun 2014 tanpa melibatkan kos pembinaan jalan susur daripada Dewan Negeri ke Bangunan Annex II ATAU elevated walkway daripada Bangunan Annex II ke Bangunan Annex sedia ada. Anggaran kos dijangka meningkat selaras dengan harga pasaran masa

     

Lampiran

Tiada Lampiran.