Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
183) LOJI PEMBANCUH SIMEN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan loji pembancuh simen yang berlesen dan tidak berlesen di kawasan MPSJ.
Berikut adalah senarai loji pembancuh simen yang berlesen dan tidak berlesen:-
Senarai Yang Mempunyai Kebenaran Merancang Senarai Yang Tidak Mempunyai Kebenaran Merancang & Telah Diambil Tindakan Penguatkuasaan
ONE CITY PROPERTIES MACRO DIMENSION CONCRETE HANSON BUILDING MATERIALS (M) SDN BHD
ONE CITY PROPERTIES TRU MIX SDN BHD EXTROBRIGHT CONCRETE SDN BHD
SK MIX TASEK CONCRETE SDN BHD LEE SU HA CEMEX CONCRETE SDN BHD BUILDCON CONCRETE SDN BHD PAKATAN PERAK BINA SDN BHD PA CONCRETE SDN BHD MEGAMIX SDN BHD LAFARGE CONCRETE (M) SDN BHD CHIN HIN CONCRETE SDN BHD PRO PARK SDN BHD ACE HALLMARK SDN BHD -
Nyatakan garis panduan kelulusan pembinaan loji pembancuh simen.
Garispanduan Perancangan Loji Pembancuh Konkrit MPSJ sedang dalam proses semakan dan akan dilaksanakan pada bulan November
-
Apakah langkah pemantauan untuk memastikan tiada masalah pencemaran udara dan air, serta kerosakan jalan yang akan diakibatkan oleh pengusaha tersebut?
Langkah pemantauan untuk memastikan tiada masalah pencemaran udara dan air, serta kerosakan jalan yang akan diakibatkan oleh pengusaha tersebut adalah seperti berikut:
- Untuk pemajuan besar loji pembancuh konkrit adalah digalakkan diletak di dalam tapak pembinaan yang telah diberi kelulusan untuk membekal konkrit untuk pembinaan di tapak sendiri
- Perletakan loji-loji pembancuh konkrit dihadkan kepada beberapa lokasi yang tertentu, khususnya jauh dari kawasan kediaman dan loji-loji pembancuh konkrit ini boleh membekal konkrit ke lain-lain tapak
- Mengawal dan menghadkan masa operasi untuk loji-loji pembancuh konkrit.
- Kawalan lebih ketat mengenai perjalanan lori-lori membekal konkrit mengawal dan menghadkan jarak dan bilangan bagi lori-lori yang membekalkan
- Wang jaminan kerosakan jalan didepositkan dalam akaun MPSJ dengan kadar RM 250, 00.