Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
180) PENAMBAHAN PERUNTUKAN SAR (SISTEM INTEGRASI)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah kerajaan akan menambahkan bantuan untk sekolah SAR yang menawarkan program integrasi yang lengkap supaya lebih berdaya saing?
Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah peruntukan bagi SAR bermula pada tahun 2017 bagi menampung keperluan Sekolah Agama Rakyat di seluruh Negeri Selangor supaya dapat menyediakan kelengkapan yang sempurna dalam pengajaran dan pembelajaran.
-
Berapakah sekolah agama rakyat yang mengamalkan sistem integrasi(akademik dan diniyyah) di seluruh Selangor?
Jumlah Sekolah Agama Rakyat yang mengamalkan sistem integrasi (akademik dan diniyyah) di seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak 115 buah sekolah berdasarkan maklumat daripada Unit Pendaftaran Sekolah Persendirian dan Swasta JAIS.