Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

176) AIR SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Langkah-langkah kerajaan negeri mengelakkan pencemaran air , untuk memastikan bekalan air tidak terputus dan mencukupi?

    Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Air Selangor adalah pemantauan sungai oleh 12 pemantau sungai bagi kawasan seluas 609 kilometer persegi di kawasan tadahan bahagian bawah Semenyih dan enam (6) cawang sungai, ia itu Sg. Purun, Sg. Buah, Sg. Batang Benar, Sg. Pajam, Sg. Beranang dan Sg.

    Kerajaan Negeri juga telah minta Pihak Berkuasa Tempatan untuk memeriksa semua operasi premis perniagaan dan pembuatan berhampiran Sg. Semenyih dan pemantauan sungai oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama-sama pasukan pemantau sungai Air Selangor.

  2. Apakah tindakan telah diambil kepada pencemar dan punca masalah pencemaran pada insiden pada bulan oktober 2016?

    Tindakan undang-undang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Lembaga Urus Air Selangor ke atas pengusaha yang telah disyaki mengakibatkan pencemaran bau pada 4 dan 7 Oktober

    Lesen perniagaan premis kitar semula minyak pelincir dan penapis minyak di Semenyih, yang telah dikenal pasti sebagai punca pencemaran bau di Sg Semenyih, telah dibatalkan dan semua aset di tapak telah dirampas. Jabatan Alam Sekitar akan mengambil tindakan undang-undang di bawak Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 di mana jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan dendan maksimum RM100,000 dan/atau di penjara 5 tahun.

    Bagi punca pencemaran yang disyaki telah dikenal pasti di Pahang dan tindakan telah diambil olah Jabatan Alam Sekitar Pahang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.