Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
169) SELGATE CORP SDN BHD
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah misi, visi dan rancangan pembangunan dan perniagaan anak syarikat PKNS, Selgate Corp Sdn Bhd dalam menceburi bidang kesihatan melalui usahasama dengan syarikat swasta?
Sila rujuk lampiran 1
Visi : Pemangkin kepelbagaian ekonomi Selangor melalui pelaburan perniagaan dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan hartanah di dalam dan luar negara.
Misi :Merancakkan aktiviti perniagaan melalui pelaburan ekonomi didorong oleh pengembangan perniagaan, sejajar dengan agenda ekonomi Kerajaan Negeri termasuk sebagai rakan strategik dalam program pembangunan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan hartanah.
SELGATE Corporation yang merupakan anak syarikat milik penuh PKNS bercadang untuk membangunkan 5 buah hospital dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.
Dalam fasa awal, SELGATE telah mengenal pasti beberapa tapak milik PKNS untuk dibangunkan hospital iaitu:
- Gombak
- Rawang
- Shah Alam
- Setia Alam
- Cyber Valley di Cyberjaya
Berikut merupakan perancangan SELGATE di ke semua kawasan yang telah dikenal pasti:
- Gombak
SELGATE kan membina sebuah Hospital dengan jumlah bilangan katil sebanyak 200 buah katil di kawasan seluas 5.54 ekar di kampung Seri Makmur, Gombak dengan anggaran kos pembangunan kasar sebanyak RM140 juta. Pusat perubatan swasta ini akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan mampu terutama di kawasan yang pada dengan penduduk Gombak.
- Setia Alam
SELGATE akan membina sebuah bandar perubatan dengan jumlah 200 buah katil “state-of-the-art hospital” di atas tanah seluas 10 ekar di Pusat Bandar Setia Alam. Pembangunan ini akan dilaksanakan bersama-sama dengan rakan kongsi tempatan atau antarabangsa, dan ia juga akan menampilkan pusat komersial yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan yang terletak di dalam komponen kediaman di Setia Alam.
- Shah Alam
SELGATE bercadang untuk membina sebuah hospital dengan anggaran bilangan katil sebanyak 200 buah katil di atas tanah seluas 11 ekar di Seksyen 13, Shah Alam dengan anggaran RM150 juta. Usaha sama ini akan melibatkan penyertaan daripada peneraju bidang kesihatan utama yang terkenal di Malaysia dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik serta pegawai dan kakitangan perubahan yang berwibawa.
- Cyberjaya
SELGATE bercadang untuk membina sebuah hospital 200 katil di kawasan seluas 10 ekar di Cyber Valley, Cyberjaya diselitkan dengan teknologi pintar. Hospital pintar akan dibina dengan anggaran kos sebanyak RM150 juta dalam bandar pintar yang akan dibangunkan oleh syarikat induk, PKNS, SELGATE akan bekerjasama gergasi penjagaan kesihatan tempatan atau antarabangsa untuk bersama-sama melaksanakan projek ini.
-
Bagaimana rakyat Selangor secara amnya boleh bermanfaat daripada usahasama ini?
Rakyat yang terdiri daripada golongan kelas menengah menuntut penjagaan kesihatan yang boleh diakses dan berkualiti dengan kos berpatutan. Sehubungan dengan itu, SELGATE menceburi sektor dan industri ini dengan matlamat untuk menjadikan kos perkhidmatan kesihatan yang berpatutan tanpa membebankan rakyat. SELGATE juga akan mengambil bahagian secara aktif dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mampu dibiayai tanpa menjejaskan kualiti.