Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

156) BAS PERCUMA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah laluan perkhidmatan bas percuma yang telah diperkenalkan berhasil menepati sasaran penubuhannya

    Perkhidmatan bas percuma iaitu Bas Smart Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri kini telah mempunyai sebelas (11) laluan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan kecuali Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang mempunyai bas komuniti sendiri. Jumlah penumpang Bas Smart Selangor dari tempoh 1 Julai 2015 hingga 30 September 2016 adalah sebanyak 3,153,009 orang yang merupakan peningkatan sebanyak 1,201,479 penumpang atau 62% jika dibandingkan dengan jumlah pada Jun 2016 iaitu sebanyak 1,951,530. Angka ini jelas menunjukkan peningkatan kesedaran di dalam masyarakat untuk menggunakan pengangkutan awam terutama perkhidmatan bas sekaligus menepati sasaran yang dicapai oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta meningkatkan kualiti perkhidmatan bas awam.

    Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan Bas Smart Selangor sentiasa akan dikaji dan dinilai bagi memastikan perkhidmatan bas ditambahbaik dari semasa ke semasa. Justeru itu, dua laluan baru di kawasan Shah Alam dan Subang Jaya akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Pihak-pihak Berkuasa Tempatan lain wajar mengambil langkah untuk memperkenalkan laluan baru pada tahun hadapan.

  2. Adakah laluan tersebut perlu ditambah ke kawasan-kawasan lain

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Berapakah kos bulanan yang ditanggung oleh kerajaan negeri dalam merealisasikan perkhidmatan yang sangat baik ini

    Pelaksanaan perkhidmatan Bas Smart Selangor di sebelas Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 2016 setakat 15 Oktober 2016 telah menelan belanja

    sebanyak RM8,828,782.64 di bawah peruntukan Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor. Peruntukan ini disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi memantau urusan pengoperasian Bas Smart Selangor dengan operator penyedia perkhidmatan. Jumlah keseluruhan kos tersebut adalah bagi tempoh 12 bulan merangkumi kos sewaan, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan. Kos sewaan sebanyak RM800 sebuah bas sehari adalah termasuk kos penyelenggaraan oleh pihak operator perkhidmatan yang dilantik.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.