Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
149) PENGUATKUASAAN KEKOTORAN KEDAI MAKANAN & RESTORAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila menyatakan jumlah unit kedai yang terlibat dan juga tindakan diambil oleh setiap PBT terhadap kekotoran kedai makanan & restoran pada Tahun 2015.
Jumlah kedai yang terlibat dan diambil tindakan oleh PBT terhadap kekotoran kedai makanan & restoran pada tahun 2015 adalah sebanyak 8644 unit. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:
Jadual 1 : Bilangan unit kedai yang terlibat dan juga tindakan diambil oleh PBT terhadap kekotoran kedai makanan & restoran pada Tahun 2015
PBT BILANGAN UNIT TERLIBAT TAHUN 2015 TINDAKAN YANG DIAMBIL MBSA 987 480 Notis 417 Kompaun 90 Diarahkan Tutup MBPJ 24 Penutupan MPK 1532 – Penggredan premis makanan. – Penutupan premis Makanan.
– Operasi bersepadu sempena hari perayaan.
– Pengambilan sampel
makanan untuk ujian
mikrobiologi dan kimia. MPAJ 1041 Sebanyak 272 kompaun telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.
MPSJ 332 (gred C dan Gred D) – Menjalankan Operasi Penutupan dan pemeriksaan premis secara berkala. – Pengeluaran NTK( notis tawaran kompaun) bagi tidak mematuhi syarat-syarat kesihatan.
– Menjalankan persampelan makanan (mikrobiologi) ke atas premis-premis yang berrisiko tinggi berlaku yang pencemaran makanan.
MPS 1605 – Penggredan Premis Makan (A, B, C) – Promosi dan kempen kebersihan makanan
– penutupan premis jika markah
nilaian di bawah 50%.
MPKj 585 – Kompaun di bawah kesalahan UUK Pelesenan Establisymen Makanan MPKj 2007 dan UUK Pengendalian Makanan 2007
MPSp 1507 – Penutupan premis makanan (14 unit). – Di bawah UUK Pelesenan Establisyman
(MPSepang) 2007
MDKL 357 – Mengeluarkan 43 Notis Kesalahan. – Mengeluarkan 2 Notis Pemberitahuan
– Menutup 1 premis yang
kotor & mengarahkan
kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pemilik premis.
MDKS 102 43 Kompaun MDHS 567 Kempen kesedaran premis bersih
Pameran dan pemberian risalah
MDSB 5 Kompaun JUMLAH 8644 Nota : Sumber dari PBT
-
Apakah langkah diambil oleh PBT untuk memastikan pengusaha peniagaan menyediakan kualiti makanan dan minuman yang bersih?
Langkah yang diambil oleh PBT untuk memastikan pengusaha peniagaan menyediakan kualiti makanan dan minuman yang bersih adalah seperti berikut :
- Pemeriksaan dan penggredan kebersihan premis makanan secara rutin dan berjadual pada setiap bulan di mana premis makanan yang layak digredkan mengikut markah penilaian yang diperolehi ( Gred A: 80% & ke atas / Gred B : 65% – 79% / Premis boleh ditutup bagi markah 64% dan ke bawah semasa pemeriksaan ulangan @ operasi bersih). Bagi premis bergred A, tempoh sah laku adalah 6 bulan manakala bagi Gred B dan C, sah laku adalah 3 bulan. Pengusaha premis perlu memperbaharui nilai gred yang telah diberikan mengikut tempoh masa yang diberikan dengan bayaran sejumlah
- PBT mensyaratkan pengusaha premis makanan perlu mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak Majlis serta mendapatkan suntikan TY2, menghadiri Kursus Pengendalian Makanan dan mendapatkan Kad Pengendalian Makanan yang dikeluarkan oleh
- Menjalankan pensampelan makanan secara rutin dan berjadual untuk dianalisis sebagai serveilan bagi memastikan pencemaran mikrobiologi dan paras kimia di dalam makanan dapat dikawal mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan
- Menjalankan dan meningkatkan aktiviti promosi kesihatan ke atas pengusaha premis dan pengendali makanan seperti ceramah kesihatan,mengadakan pameran dan edaran risalah atau poster yang berkaitan kebersihan premis dan keselamatan makana