Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
141) SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kempen-kempen di bawah Skim Kesihatasn Wanita Selangor sejak tahun 2015.
Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan wanita di dalam pembangunan dan kesejahteraan Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh pelaksanaan program-program dan kempen-kempen yang melibatkan kesihatan dan kesejahteraan golongan wanita ini.
Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang telah dilancarkan semenjak tahun 2010 masih giat dilaksanakan sehingga kini dengan kerjasama penyertaan di peringkat daerah.
Sebagai makluman, bagi tahun 2015 hingga bulan 30 September 2016 terdapat seramai 4,552 orang peserta yang telah menerima manfaat dari program SKW dengan perbelanjaan sebanyak RM575,643.80.
Kempen Jelajah MammoSel turut diperkenalkan dengan kerjasama MAKNA bagi memenuhi keperluan pemeriksaan saringan mammogram oleh para peserta luar bandar. Berikut adalah senarai lokasi Jelajah MammoSel bersama Trailer MAKNA yang telah dilaksanakan :-
Bil
Tarikh
Lokasi
Jumlah Peserta Tahun 2016 1. 28 Februari Taman Medan, Petaling jaya 57 2. 28 Mei Sungai Panjang dan Sekinchan
65 3. 3 September Kuang 57 4. 4 September Seri Kembangan 28 5. 10 dan 11 September
Rawang 167 6. 17 September Kajang 43 7. 24 September Batu Tiga Shah Alam 29 8. 25 September Kota Anggerik Shah Alam 31 9. 28 September Batang kali 91 10. 30 Oktober Hulu Selangor 120 Jumlah 688 Selain itu, Kerajaan Negeri amat prihatin dan sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan wanita Selangor melalui Skim Kesihatan Wanita (SKW) – Pemeriksaan Saringan Mammogram ini. Justeru itu, khidmat pembekal perkhidmatan telah turut diperluaskan daripada hanya satu (1) pembekal perkhidmatan kepada tujuh (7) pembekal perkhidmatan kini. Malah, pembekal-pembekal perkhidmatan ini turut memperluaskan perkhidmatan saringan mereka ke cawangan-cawangan di lokasi-lokasi yang lain bagi menambahbaik pelaksanaan SKW ini. Peluasan lokasi pembekal perkhidmatan ini secara tidak langsung membantu dari segi memberi kemudahan mobilisasi lebih dekat dengan penerima manfaat SKW. Berikut adalah pembekal-pembekal perkhidmatan MammoSel di bawah SKW yang terkini :
Bil
Hospital Swasta
Bilangan Lokasi Cawangan
1. Majlis Kanser Negara (MAKNA) 1 Kuala Lumpur 2. National Canser Society Malaysia (NCSM)
1 Kuala Lumpur 3. SALAM Specialist Hospital 1 Shah Alam 4.
Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
1
Shah Alam
5.
BP Health Care
4
Glenmarie Shah Alam Klang Cheras Taman Megah 6.
KPJ
4
Shah Alam Klang Rawang Damansara 7.
Columbia Asia
5
Petaling Jaya Puchong Bukit Rimau Cheras Setapak -
Nyatakan jumlah wanita yang menyertai program MammoSel mengikut daerah sejak tahun 2015.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah penerima manfaat dari program Skim Kesihatan Wanita (SKW) pada tahun 2015 sehingga 30 September 2016 adalah seramai 4,434 orang. Berikut adalah jumlah bilangan penerima manfaat SKW mengikut pecahan
Bil
Daerah
Jumlah Peserta SKW 2015 2016 1. Petaling 234 513 2. Klang 605 343 3. Gombak 292 385 4. Hulu Langat 169 304 5. Kuala Langat 187 205 6. Sepang 32 204 7. Kuala Selangor 193 102 8. Sabak Bernam 226 256 9. Hulu Selangor 69 115 Jumlah 2,007 2,427 ** sumber : Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB)
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan lebih banyak pusat pemeriksaan mammogram bagi wanita di Selangor?
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap rakyat terutama bagi golongan yang kurang kemampuan dan mempunyai masalah kesihatan. Kerajaan Negeri akan meneruskan dan menambahbaik Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor dari masa ke semasa terutama kepada pesakit dialisis. Sebanyak RM1,000 hingga RM5,000 akan disalurkan kepada pemohon mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Selain menambah bilangan penerima dan jumlah bantuan pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu sistem permohonan secara atas talian bagi memudahkan permohonan dan semakan status kelulusan.