Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

137) PEMBERIAN HAKMILIK BAGI TANAH DI DALAM PAYA JARAS DIBAWAH PENTADBIRAN PETALING

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Semenjak tahun 2008 sehingga hari ini berapakah jumlah Borang 5A yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Tanah Petaling bagi DUN Paya Jaras ?

    Jumlah Borang 5A yang telah dikemukakan oleh Pejabat Daerah / Tanah Petaling kepada pemohon adalah sebanyak lima (5). Perkara ini adalah berikutan kebanyakan permohonan telah ditolak samada secara summary rejection ataupun melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor kerana tanah yang dipohon termasuk dalam tanah rezab kerajaan dan tidak

  2. Berapakah jumlah yang masih dalam proses ?

    Jumlah permohonan yang masih dalam proses adalah seperti berikut:-

    Kawasan Masih diproses Tolak (Rezab Kerajaan)
    Kg. Paya Jaras Tengah 10
    Kg. Paya Jaras Hilir 27 153
    Kg. Kubu Gajah 12 83
    Kg. Merbau Sempak 11 136
    Sg Plong 20 18
  3. Berapakah senarai pemohon yang masih belum diproses oleh bahagian pelupusan ?

    Secara keseluruhan tidak ada permohonan yang tidak diproses oleh Bahagian Pelupusan Pejabat Daerah/Tanah Petaling. Pentadbiran ini sedang giat mamastikan keseluruhan fail permohonan pemberimilikan di kawasan Adun Paya Jaras diproses samada permohonan semasa mahupun permohonan yang tertunggak.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.