Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
129) PERANCANGAN INFRASTRUKTUR DAN KADAR LIPUTAN INTERNET
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah visi dan perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan infrastruktur untuk capaian internet adalah memadai dalam merealisasikan Smart Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa ke arah memastikan infrastruktur di Negeri Selangor berada pada tahap yang terbaik bagi meningkatkan lagi capain internet di seluruh Negeri Selangor bagi merealiasasikan Smart Selangor dengan perancangan yang terperinci yang akan di jadikan agenda utama di dalam Blue Print Smart Selangor
-
Agensi manakah yang bertanggungjawab dan apakah pelan tindakannya serta sasaran peratusan capaian internet yang hendak dicapai mengikut pecahan PBT?
Pada masa ini tiada agensi khusus yang dipertanggungjawabkan dalam menetapkan sasaran peratusan capaian internet di Negeri Selangor lebih-lebih lagi mengikut pecahan PBT. Namun begitu berdasarkan Laporan Statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam “Comunications and Multimedia : Facts and Figures, 1Q 2016” menyatakan penembusan jalurlebar isirumah pada suku tahun pertama 2016 adalah sebanyak 97.8% antara negeri yang tertinggi penembusan jalurlebar di