Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
118) PERUNTUKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa dan bagaimana peruntukan diberi kepada setiap sekolah?
Peruntukan yang diberi kepada setiap sekolah adalah berdasarkan kepada gred, iaitu bagi sekolah Gred A, peruntukan operasinya ialah sebanyak RM813,600.00, Gred B RM406,200.00 manakala Gred C RM222,600.00.
-
Bagi SRA yang pelajar kurang 500 orang. Berapakah diperuntukkan setahun bagi perbelanjaan kemudahan pengurusan pejabat dan guru?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah bentuk kemudahan yang di bekalkan setiap tahun? Senaraikan.
Bentuk kemudahan yang dibekalkan setiap tahun adalah:
- Pengawal Keselamatan
- Pembersih Kawasan
- Guru Tetap/ Kontrak
- Guru KAFA
- Peruntukan Elaun Baru Guru KAFA
- Pegawai Sokongan
- Utiliti