Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
117) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila menyatakan jumlah pelancongan melawat Negeri Selangor pada tahun 2015 Dan anggaran dibelanjakan oleh mereka?
Jumlah pelancong yang melawat Negeri Selangor pada tahun 2015 adalah seperti berikut:-
PELANCONG JUMLAH KEDATANGAN (ORANG)
JUMLAH PERBELANJAAN (RESIT)
DOMESTIK 3,728,550 2,615,204,970.00 ANTARABANGSA 3,286,363 2,305,055,008.20 JUMLAH PELANCONG:
7,014,913 RM 4,920,259,978.20 -
Berapa kos publisiti dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan destinasi pelancongan tempatan?
Kos publisiti yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mempromosikan destinasi pelancongan tempatan tahun 2015 adalah seperti yang berikut:-
BIL. JABATAN/ PROGRAM
JUMLAH PERBELANJAAN 2015 (RM)
01. Program Tahun Melawat Selangor 2015 1,627,000.00 02. Program Promosi Dalam dan Luar Negara
757,500.00 03. Acara Pelancongan 1,389,200.00 04. Program PR, Komunikasi dan Pemasaran
357,961.00 JUMLAH: 4,131,661.00