Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

111) KESESAKAN DI KOTA KEMUNING, SEKSYEN 31, SHAH ALAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menaik-taraf 3 bulatan di sepanjang Persiaran Anggerik Mokara?

    Kerajaan Negeri menyokong perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam bagi kerja-kerja penambahbaikan lalulintas pada 3 bulatan disepanjang Persiaran Anggerik Mokara bagi menampung keperluan dan mengujudkan pintasan aliran trafik yang strategik antara Lebuhraya SKVE–LKSA-Lebuhraya Shah Alam. Penambaikan ini perlu dilakukan bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah di atas jalanraya, terutamanya dengan kepesatan pembangunan yang dijangka akan berlaku pada masa hadapan dan bagi menyediakan penyelesaian jangka masa panjang kepada kesesakan

    Peruntukan bagi kerja penambaikan lalulintas yang akan dijalankan adalah melalui peruntukan berikut:

    • Geran Kerajaan Negeri
    • Kutipan Sumbangan Pembangunan Infrastruktur (ISF)
    • Sumbangan dari pemaju yang telah
  2. Apakah status terkini pembinaan laluan bertingkat (flyover) di 3 bulatan ini?

    Pihak Majlis telah melantik Jurutera Perunding IKRAM bagi menyediakan pelan- pelan perincian kerja serta dokumen tender dan dalam perancangan Majlis kerja- kerja penambahbaikan Fasa 1 dijangka akan dapat dimulakan kerja pada awal tahun 2017 dengan anggaran kos berjumlah RM37,980,000.00

    Antara kerja-kerja yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

    KERJA PENAMBAHBAIKAN (FASA 1)

     

    • Kerja-kerja penambahan lorong dan pemasangan lampu isyarat pada semua bulatan-bulatan diPersiaran Anggerik Mokara dan pembinaan jejambat arah Utara-Selatan Bulatan Anggerik Mokara-Anggerik Vanilla
    • Kerja-kerja penukaran persimpangan kepada konfigurasi left-in left-out berserta pemasangan papantanda berkaitan
    • Kerja-kerja memasang lampu isyarat dan menambah lorong pada persimpangan antara Anggerik Vanilla-Jalan 31/96
    • Kerja-kerja memasang lampu isyarat dan menambah lorong pada persimpangan antara Anggerik Vanilla-Jalan Q 31/Q
    • Kerja-kerja memasang lampu isyarat dan menambah lorong pada persimpangan antara Anggerik Vanilla-Jalan 31/97
    • Kerja-kerja penambahan lorong pada persimpangan dan penukaran masa kitaran sistem lampu isyarat sedia ada
    • Kerja-kerja memasang lampu isyarat serta membuat penjajaran semula kepada persimpangan simpang 4

    §  Sekitar kawasan komersil dan Persiaran Anggerik Vanilla diselaraskan semula semua penanda arah jalan, papan tanda, penambahan lorong persimpangan di Jalan Anggerik Vanilla 31/95 & penukaran konfigurasi tempat letak kereta

    KERJA PENAMBAHBAIKAN (FASA 2) DENGAN ANGGARAN KOS BERJUMLAH RM59,700,000.00

    Manakala cadangan-cadangan penambahbaikan Fasa 2 akan diperlukan pada tahun 2021 bagi menampung permintaan lalulintas pada masa akan datang. Perlaksanaan cadangan penambahbaikan Fasa 2 dijangkakan akan mengambil masa selama 3 hingga 4 tahun.

    Anggaran pelaksanaan kerja bagi cadangan penambahbaikan Fasa 2 akan dijalankan pada pertengahan tahun 2017 dan kerja-kerja yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

    • Kerja-kerja pembinaan jejambat di arah Utara-Selatan persimpangan Anggerik Mokara-Anggerik Oncidium dan mengkonfigurasi semula rekabentuk persimpangan
    • Kerja-kerja pembinaan jejambat di arah Utara-Selatan persimpangan Anggerik Mokara-Anggerik Aranda dan mengkonfigurasi semula rekabentuk persimpangan

     

    • Kerja pelebaran Persiaran Anggerik Mokara kepada 3 lane dual carriageway
  3. Huraikan perancangan masa pendek bagi mengatasi segera masalah kesesakan ini.

    Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan pertama bersama pihak Majlis Daerah Kuala Langat pada 17 Jun 2016 bagi mendapatkan input pembangunan- pembangunan yang akan dibangunkan antara sempadan pentadbiran Kuala Langat-Shah Alam yang akan menggunakan jalan pintasan melalui Persiaran Anggerik Mokara. Beberapa sesi perbincangan lagi akan diatur bagi tujuan tersebut.

    Pihak IKRAM yang dilantik Majlis akan mengumpulkan data-data dengan lebih lengkap bagi membantu dalam perancangan dan perincian dalam merekabentuk jejambat dan kerja-kerja penambahbaikan lalulintas diPersiaran Anggerik Mokara/Vanilla yang akan dijalankan.

    Majlis bercadang untuk perancangan jangka pendek bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas sebelum kerja penambahbaikan Fasa 1 dapat dijalankan dan antara tindakan-tindakan tersebut adalah seperti berikut:

    • Menjalankan kerja-kerja pembersihan parit-parit tepi laluan utama Kota Kemuning secara berjadual bagi menggelakkan berlakunya banjir kilat dan setersunya mengganggu kelancaran lalulintas
    • Meminta bantuan POLIS bagi mengawal kelancaran lalulintas terutama nya pada waktu-waktu puncak
    • Menambah papantanda   amaran/kawalan   lalulintas   pada persimpanagn- persimpangan jalan utama bagi membantu kelancaran lalulintas
    • Memastikan permukaan   jalan   utama   sentiasa   berkeadaan   baik untuk kegunaan pengguna serta melancarkan lalulintas

     

Lampiran

Tiada Lampiran.