Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

106) PERMASALAHAN SEKITAR ALONG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membendung terjebaknya anak-anak muda Selangor dengan along?

    1. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membendung terjebaknya anak-anak muda Selangor dengan pemberi pinjam wang atau dikenali along adalah seperti berikut:-
    2. Menarik pelabur-pelabur luar untuk melabur di Negeri Selangor dan secara langsung mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada anak- anak muda terus meningkat;
    3. menganjurkan Selangor Job Fair melalui usahasama antara Kerajaan Negeri dengan pelbagai syarikat seperti perindustrian, pasaraya, perkhidmatan dan sebagainya bagi memberi pendedahan kepada anak- anak muda sama ada di dalam bandar atau luar bandar termasuklah lepasan graduan. Contohnya yang diadakan baru-baru ini Job Fair di Perkarangan Stadium Kuala Selangor pada 23 Oktober 2016; dan
    • Bagi membela peniaga kecil untuk melebarkan perniagaannya dan membantu anak muda yang berminat dengan perniagaan mereka boleh dibantu oleh Kerajaan Negeri dengan menyediakan pusingan modal melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) antaranya Skim Hijrah yang menggabungkan Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) dan WALA sejak tahun 2010 serta pelbagai bentuk bantuan lain;

     

  2. Apakah sebab-sebab utama terjebaknya anak muda dengan along?

    Antara sebab-sebab utama anak muda terjebak dengan along adalah seperti berikut:-

    • Mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang tanpa memikirkan kesan-kesan meminjam wang dengan along berikutan kadar faedah yang dikenakan amat tinggi dan membebankan;
    • Kesulitan untuk mendapatkan pembiayaan daripada bank-bank tempatan;
    • Tidak mempunyai informasi berkenaan saluran-saluran yang boleh membantu anak muda mendapatkan modal pusingan perniagaan daripada agensi-agensi berkaitan; dan
    • Terdedah dengan pelbagai tawaran iklan along melalui iklan yang dipapar secara haram di banyak
  3. Bagaimanakah Kerajaan mengatasi masalah ini?

    Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk membanteras aktiviti along dan PBT juga adalah bukan pengeluar lesen pemberi pinjam wang. Namun Kerajaan Negeri sentiasa sedaya upaya mengekang masalah ini dengan melaksanakan perkara berikut:-

    1. Kerajaan Negeri mengarahkan Datuk Bandar / Yang Dipertua setiap PBT supaya sentiasa memastikan kawasan masing-masing bebas daripada sebarang pelbagai iklan haram termasuklah iklan along;
    2. PBT melaksanakan operasi berkala iklan haram sebanyak dua (2) kali sehari iaitu mulai seawal pagi dan waktu petang di semua kawasan operasi PBT;
    3. Mengenakan kompaun kepada mereka yang didapati bersalah dan tindakan sitaan ke atas iklan haram;
    4. PBT mengemukakan nombor telefon iklan kepada pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk permohonan penamatan perkhidmatan;
    5. Mengadakan operasi bersepadu iklan along dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan NGO dalam membanteras aktiviti along; dan
    6. Membatalkan lesen perniagaan khususnya pengusaha syarikat percetakan sekiranya didapati mengambil tempahan mencetak iklan-iklan

Lampiran

Tiada Lampiran.